~Kuih Lapis Warisan Bonda~

Kuih Lapis resepi Mama. Dah lama giler xbuat kue ni. Sejak kawen ni la 1st time buat kue ni. Sbbnya hb dgn Achmad xsuka kue manis2 ni. Tapi dh terasa sgt nak mkn, buat jugak. Alhamdulillah skill masih ada.


Dulu belajar buat kuih ni sbb mama menega. Di sebabkan anaknya ni tangan xkuat nak uli doh karipap dgn donut, jadi mama turunkan resepi kuih2 yg kukus ni je la. Resepi ni sangat senang & sedap.


Mari usha resepi Kuih lapis yang mama bagi ni.


Bahan-bahan:-

1 biji kelapa

6 cawan air untuk buat santan

2 cwn gula (tapi sy guna 1 1/2 je sbb rsa dh cukup manis)

3 cwn tepung beras

1/2 cwn tepung gandum

1 sk garam

Pewarna ikut suka (tapi rasanya kuih lapis xde kaler merah mcm kureng serinya)


Cara2:-

1. Sediakan santan menggunakan 1 biji kelapa & 6 cawan air

2. Ayakkan tepung beras + gandum. Masukkan gula + garam.

3. Tuangkan santan sedikit demi sedikit. Kacau sampai hilang berketul2. Cara senang, blander je semua.

4. Kemudian, bahagikan kepada warna yg disukai.

5. Sebelum tu, panaskan periuk kukus, sapukan bekas dengan minyak supaya kuih xmelekat.

6. Selepas kukusan dah panas, masukkan selapis. Kukus dalam 5 minit. Kalu bekas kecik2 dalam 2 minit. Nak tau macamana masa ok utk masukkan lapisan lain, tengok permukaan 1st tu dh berkilat, boleh masukkan lapisan lagi satu.

7. Kukus semua lapisan sampai selesai. Dah siap, sejukkan dulu sebelum dipotong. Eloknya kalu nak mkn petang, lepas sarapan dah boleh buat. Sebab kalu potong masa panas t terburai. Lepas tu, kalu nak cantik, potong guna pisau plastik.


Ok, selamat mencuba. Pasti sedap



Comments

~daRLee ZuRiS~ said…
Kata nak tukar template blog.
G satu, off kan lah word varification kat bwh tu.ssh nk komen
aznie said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~