~Kek Epal Hijau~

Malam yang hening. Hening la sangat. Baru kul 8.30. Semua orang lain pakat dah tido. Gaya macam la rmai sangat dalam rumah tu. Ada pun 3 org je. jadi, tengok dalam peti es ada la epal hijau yg dh nak kecut sebab masam, jadi baiklah dijadikan kek.

Pemandangan dari atas kek sebelum di potong.
Ni nak tunjuk la sepotong sebelum nak di ngap. best mkn panas. Terasa masam epal + yougurt & manis susu pekat. Lembut je.

Resepi kek ni tak ingat ambil dari blog sapa. Sebab tak ikut sangat resepi.

Bahan-bahan :-

1 biji epal hijau yg dipotong dadu beserta kulitnya(bijik buang ek)
1/2 cwn marjerin cair
1/2 cwn susu pekat manis (nak pakai gula halus pun boleh. Ni kes xdak gula halus, malas nak blander gula biasa)
2 biji telur gred A
1 cwn tepung naik sendiri
1/2 sk ovellate
2 sb susu segar/susu cair
1/2 bekas yougurt plain Nestle (apa2 jenama pun blh)
Pewarna hijau
Apa2 hiasan

Cara-cara :-
1. Panaskan oven (sy pkai microwave suhu 185, 10 menet)
2. Sapukan loyang 5inci bulat dgn marjerin & taburkan sedikit tepung.
3. Blander semua bahan kecuali tepung sampai hancur.
4. Dah hancur, masukkan dalam bekas lain & tambahkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. kacau sampai sebati.
5. Masukkan pewarna hijau. kacau bagi rata. kalu nak marble pun blh.
6. Masukkam dalam loyang & bakar. Pakai microwave suhu 185, 40 minit / sampai masak.

Comments

~daRLee ZuRiS~ said…
Amboi.rajinnye
Weh cer tutup verification words tu.susah ar nak taip

Popular posts from this blog

~ Kek Kukus Horlicks ~

~Kek Minyak Kukus~

~Kek Kukus Susu Berkeju~