~Puding Karamel~

Sebelum ni xpernah buat puding karamel. Tapi hb dok sebut sedap. xtrasa pun nk try mkn wp hb ada pernah beli. Tapi  semua yg dia beli semuanya dia kata xmemenuhi citarasa dia. Dia kata xlembut la. X smooth la. Dia nak yg smooth & lembut mcm tau fu fah. So masa balik raya haji tu mu sis ada la buat. Bg la dia rasa. Tanya dia ok ke? So dia kata ok, Tapi dia nak yg licin. So mintak la resepi dkt adik. Senang je buat dia rupanya. Balik kl gigih la search resepi. Akhirnya balik keje hari jumaat lepas dengan semangat berkobar2, sambil masak, buat karamel dia dulu. So jadi la sepetri kejadian di bawah.

Ok x? plating ala2 Masterchef :)
Esoknya bangun pagi msa msk breakfast, gigih kuakan dari loyang. Nk hidang dkt Cik Abg. Teruja sangat nak tau respond dia. So bg dia mkn & tunggu komen dia. Alhamdulillah. Komen yg sangat positif. Senyum seharian sampai ke telingan. Dia kata so dia dh jumpa puding karamel yg menepati citarasa dia. Xmanis sngat, xtrasa sgt telur, lembut & licin mcm tau fu fah.
Tq to My sis & Miey Safarin Fb yg berikan resepi. So hasil yang sy buat adalah gabungan dr resepi mreka & cara membuatnya sy buat mengikut gerak hati saya.

So, lets share resepi & cara sy membuatnya di bawah.


PUDING KARAMEL
Bhn karamel:-
1 cwn gula
3/4 cwn air
1. Masak gula hingga perang & hancur.
2. Padamkan api, tambahkn air perlahan2.
3. Pasangkan api semula & biarkan gula larut.
4. Masukkan karamel di dalam loyang.

Bhn puding:-
3bj telur
1 tin susu cair
2 penutup esen vanila
3 sudu besar gula
1. Panaskan microvawe suhu 170 darjah, 10minit
2. Blend gula,esen & susu hingga gula hancur.
3. Masukkan telur & blend sebati. Jangan lama. Dlm 2 menet je
4. Tapiskan bhn yg diblend ke atas karamel yg di dalam loyang
5. Bakar menggunakan kaedah 'brain marie" suhu 170 darjah selama 1 jam
6. Sejukkan & masukkan dlm peti sejuk.
7. Kelaurkan dari loyang & makan...

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~