~Seri Muka : Berseri2 Mukaku :) ~

Kuih Seri Muka memang sedap. Selama ni xpernah buat pun. Main beli je sebab nak makan sorang je pun. Beli 2 hengget dapat la 5 ketul cukup la. Dapat yg sedap memang gumbira makan. Dunia ni saya yg punya. Dapat yg keras, xlemak..bcinta la nak habiskan. Kadanga2 ra membazir je terPAKSA sedekahkan dekat tong sampah :( .

Seri muka...gabungan adunan tepung gandum dengan pulut. Orang kata guna pulut susu lagi sedap. xkisah la kan, apa yg ada je la kat rumah. Nak try buat je pun kan. Dah jadi t boleh buat yg lg mabeles...

Orang kata makan pulut ni bagus untuk kulit. Tengok orang siam suka makan pulut, kulit depa..mulus...comey je.. 

Ce tgk mukaku makan seri muka yg dibuat sendiri comey x? mulus x?
Sila jangan percaya. Xkan la baru skali makan seri juka sendiri buat boleh comey lote. Orang siam tu mkn dr dalam perut mak dia lg. Tu yang comey tu...mulus lagi...Ni semua teknik je lebih..

Sebenarnya senang je buat seri muka ni. Ingatkan susah. Sementara mak ie MIL ada kat rumah ni, boleh la belaja buat dr dia. Lain kali trasa nak buat boleh buat. Seri muka resepi mak kepala dia gula melaka kay. Kalu suka boleh tukar ke kaler hijau, perisa pandan. xsuka pandan, blh tukar ke kaler kuning perisa jagung. Xsuka gak, boleh tukar ke kaler purple, perisa keladi. Kalu nak jugak kaler coklat tukar kpd perisa coklat/milo. Kalu xsuka jugak..... jangan makan la senang. Makan benda lain banyak lagi pilihan. Banyak sogeh sangat.

Meh tengok resepi seri muka ni..Lepas ni boleh try...

Seri Muka 
Bawah:-
1 ½ cwn beras pulut
300ml santan pekat
Garam secukup rasa
1. Rendamkan pulut supaya lembut dalam 3-4 jam
2. Kemudian, panaskan kukusan. Toskan pulut
3. Campurkan santan ke dalam pulut
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Masak pulut dalam 45minit / hingga masak. Kacau sekali sekala supaya pulut masak sekata
6. Sementara itu boleh sediakan bahagian atas
Atas:-
1 cwn tepung gandum
1 cwn air gula Melaka
3 cwn santan
Sedikit garam
Sedikit kapur makan
7. Campurkan semua bahan.
8. Kacau supaya tepung tidak berketul. Boleh juga diblender hingga sebati
9. Tapiskan.
10. Setelah pulut masak, tekan pulut supaya padat
11. Tuangkan adunan tepung & kukus dalam 10 minit/hingga masak
 
Tips dari mak:
*Kalu nak tau dah masak,tiup permukaan tepung. Kalu xbergerak2, means dah masak
  
 Tada...ini lah hasilnya 
     Serius sedap. Tapi lain kali nak bg lemak lagi. Org tua2 mana boleh mak lemak.(nasib baik la mak xreti nak baca blog...:) )
 
Lain kali xpayah nak beli dah. Buat sendiri. T nak buat bwk balik bg abah try. Abah suka seri muka ni...Owh..Miss u abah & mama. Lamanya xbalik kg. Last balik pun Krismas. Bila la seru ni nak sampai. Asyik delay je..

Comments

~daRLee ZuRiS~ said…
Orang buat guna resepi mama haritu, kepala tak melekat ngan pulut.ngegeee
aznie said…
rahsianya...cucuk2 cikit pulut tu dgn garfu spy kpala dia blh bsmbung dgn pulut. skian..

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~