~Talam Pandan & Sagu~

Selamat Tahun Baru Cina. Tahun ni Tahun Kuda? Sapa yg lahir tahun kuda ni mesti kuat lari kan? Jangan lari dari rumah dah la kan.

Hari ni saya nak share resepi 1 kuih. Kuih ni adalah gabungan kuih Tepung Talam & Kuih Sagu. Nak buat Tepung Talam, Gula merah habis, nak buat kuih sagu, sagu ada sikit sangat. Jadi, gabungkan la kedua2 kuih ni menjadi la Talam Pandan & Sagu. Saya buat kuih ni kurang manis. Gula kan mahal. Cantik pulak tengok gabungan warna kuih ni. Hijau & merah walaupun sebenarnya pati sirap ros tu tertumpah. Tu yg terang je kaler dia. Tapi nasib baik la kan. Setakat kaler je, jadi bau dia pun lebih wangi dengan bau pandan & pati ros.

Meh kita goda dengan gambar dia....
Meriah kan kaler dia....

Cara buat diapun senang. Meh share resepi dia.

Talam Pandan & Sagu

Bawah :- 1 ½ cwn gula pasir
5 helai daun pandan di blender dgn 2 cwn air 3 cwn santan cair 2 cwn tepung gandum Sedikit kapur makan (just skadar hjg sudu kecil) - Panaskan kukusan & sapu acuan dengan minyak. - Satukan semua bahan & kacau sebati. - Tapiskan adunan & tuang ke dlm acuan & kukus (acuan lompang, 10minit/Loyang 20minit) - Bila dh agak masak, cakarkan sedikit permukaan dgn garfu (buang dulu air yg btakung di atasnya jika ada)

Tengah :-
Sementara tu masakkan ½ cwn sagu bersama dgn 1 cwn air. Masukkan sedikit pati sirap ros & secubit garam. Masak dalam 5 minit. Kemudian tuangkan ke atas adunan pandan yg dimasak tadi. Tekan supaya sagu rata. Masak dalam 10 minit.

Atas :- 3 cwn santan pekat 1 cwn tepung beras 1 sk garam - Campur semua bhn, kacau sebati & tapiskan. - Tuang ke atas sagu tadi. - Kukus hingga masak dalam 20 minit (permukaan yg masak kelihatan berkilat) Sejukkan dulu sebelum dihidangkan

Kalau nak makan untuk sarapan, buat la sebelum tidur. Kalu untuk minum petang, lepas masak makan tengahari tu blh la buat sbb dia nak kna tunggu sejuk baru senang nak potong.

 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~