~Fake Test~

Assalamualaikum

Mood sekarang jatuh merudum di sebabkan result yg diperolehi dr sebuah klinik ni. Dah la dalam keadaan badan yg xbermaya. Makan pun xlalu, memang rasa down sgt.

Nak tau sebab pe?
Ni la sebab dia

v
v
v
v
Tengok betapa clearnya result upt ni.

Ha...gambar atas ni hasil daripada buat test sniri dekat ofis setelah 12 hari delay period. Ok la kn. Alhamdulillah la. Cadang2 bln depan la baru nak g cek dkt klinik.

So Isnin lepas, memang rasa xsihat sgt. Dengan makan xselera. Badan lak sekejap panas, sekejap sejuk. Maka ajak la Papa Bear g klinik sbb dah tak tahan (ingat best ke g klinik? xbest langsung. Sebab terpaksa je tau). Dekat klinik kena buat upt lg skali, tau apa result dia?

v
v
v
v
Result test kat klinik

Boleh bayangkan x betapa rasa luluh hati. Doktor tu xmau scan, alasan awal lagi, xnampak. Blood test pun xnak buat. Just bg MC & suruh datang balik 2 minggu lagi. Ko pk aku nak datang lagi ke klinik ko? Memang tak la kan. Siap pk nak makan jamu balik la, nak minum air gas la (org tengah patah hati kan). Nasib baik la Papa Bear ada. Dia yakinkan yg di confident isteri dia mengandung. Sbb bini dia ni bukan jenis yg suka ddk diam. Skrg ni bini dia melepek je.

Maka, di sebabkan ketidak puasan itu, esoknya bangun2 tido kebetulan cuti wesak, buat lagi upt test kat rumah. Dalam pada tak larat ni, gagah jugak buat sbb nak puaskan hati seniri. Hasilnya memang positif. Tapi xde amek gambar sbb upt tester tu tertinggal dlm bilik air. 

Sampai hari ni dok pk kanap result dekat klinik tu negatif sdgkan time tu dah delay 19 hari. Bleeding pun xde. Adakah sebab setengah jam sblm buat upt dkt klinik tu dah kencing kat rumah dulu? Sampai sekarang masih belum ada jawapan.

Cuma sekarang ni kuatkan semangat je walaupun xkuat sbb memang xde selera langsung nak makan. Dok pepak buah pear je. 

Doakan semoga yang positif untuk kami.

AMIN
 
 



Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~