~ Selangkah ke Alam Dewasa ~

Assalamualaikum...

Cepat je masa berlalu. Sekarang dah di penghujung bulan November dan hari ni dah berada di pertengahan minggu. Cuti sekolah pun bermula....

Bagi ibu yang bekerja, cuti sekolah rileks sikit sebab tak bergegas terlalu awal nak hantar anak ke sekolah. Jalan pun tak la jem pagi-pagi time cuti ni.

Plan pertama untuk Qabil cuti ni adalah BERSUNAT...bersunat wajib bagi semua lelaki beragama Islam dan adalah baik untuk kebersihan diri. Jadi...hari mula-mula cuti, kita sunat dulu. Nak berjalan ke apa lepas baik sunat kay.

Maka, Isnin mama pun bercuti sebab nak temankan Qabil bersunat. Tapi mama tak masuk sekali masa potong. Ngeri. So abah je yang temankan Qabil untuk melangkah ke alam dewasa fasa pertama. Sebelum sunat Qabil cool je. Takde pun gemuruh p
e. Siap cakap tak de rasa pe pun bila cakap nak sunat. 


Dah sunat time ni. Masa ni dah makan ubat tahan sakit. 

Masa lepas sunat Qabil still boleh senyum..ubat bius ada lagi kan...jalan masuk kete pun steady je. Masuk rumah, bagi makan ubat tahan sakit, dia dah start gelisah. Sakit dah terasa. Mama pun tak boleh nak buat apa. Just paksa abah fikir camne nak gantung kain supaya tak kena tempat sunat. Nasib baik ada lampu dinding atas sofa tu. So lampu tu la jadi tempat gantung kain.

Malamnya kami sekeluarga tidur di ruang tamu menemankan Qabil. Malam ni di tak berapa lena tidur. Sakit dan takut kain terkena tempat sunat. Ye la kan. Luka kena potong. Mesti la pedih.

Alhamdulillah masuk hari ke 2 Qabil dah makin ok. Insya'allah hari ke -4 dah boleh pakai seluar dah. Dah boleh jadi Imam solat dengan mama.

Mama yakin Qabil boleh mengharunginya.

Love U


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~