~ Qabil oh Qabil ~

Assalamualaikum

Hari ni Isnin minggu pertama bulan April 2017. Sekejap je masa berlalu. Qabil pun sekarang dah darjah 3. Still di kelas pertama, 3 Utarid.

Sebelum cuti penggal pertama hari tu, semua sekolah di Malaysia (eceh) akan mengadakan Ujian 1 bagi menguji penguasaan tahap pelajar sepanjang 3 bulan pertama persekolahan.

Mama tak tau la apa yang abah cakap pada Qabil sebab Qabil nampak takut nak tunjuk kertas exam bila mama minta. Asyik cakap cikgu tak bagi lagi. Mama pun pelik. Jadi mama amek inisiatif cek online dekat web yang pernah mama tunjuk sebelum ni.

Alhamdulillah result Qabil bagus. Semua subjek 90% dan ke atas dan Qabil dapat no 3 dalam kelas dan keseluruhan. Setelah mama ugut, baru Qabil bagi mama kertas exam Qabil. Sedih mama bila Qabil buat perangai camtu. 

Setelah mama selidik, rupanya abah ada cakap dekat Qabil kalau tak dapat semua subjek 100% abah nak rotan. Ya Allah! Sampai macam tu sekali Qabil punya pressure. Kesian Qabil. Mama faham sekarang ni saingan banyak. Mama la kejam sampai camtu.

Mama bangga dengan result Qabil. 


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~