~ 40 hari tanpamu... ABAH~

Assalamualaikum
Salam untuk semua.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat & sejahtera.

Dah 40 hari kami lalui tanpa abah. Sedihnya masih terasa. Ye la, dah 36 tahun kan...tetiba abah pergi sekelip mata. Kesannya pasti akan terasa sampai bila-bila. Yang pasti mama adalah yang paling terasa kehilangan abah.

Banyak perancangan mereka termasuk untuk kenduri Atam. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya.

Tapi mama ada cakap yang abah pernah cakap pada mama yang abah cakap abah tak teman mama tunaikan haji nanti. Abah hanya temankan mama pegi umrah je. 

Alhamdulillah, hasrat mereka untuk menunaikan umrah bersama termakbul. Selepas setahun mengerjakan umrah, abah dipanggil Pencipta-Nya.

Gambar abah dgn mama masa menunaikan umrah

Tak boleh nak sambung cerita. Air mata mesti menitis. Nanti lain kali sambung.

Damai lah abah di sana. 

Al- Fatihah

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~