~ Child Fun Day ~

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk pertengahan minggu hujung bulan April. Sekajap je masa berlalu kan. Dah habis suku pertama tahun 2017.

Minggu lepas dapat peluang bawa Qabil dan Qayyim ke Jungle Gym. Sebenarnya reward untuk Qabil sempena kejayaan dalan Ujian Penggal Petama tahun 2017. Alhamdulillah rezult dia ok. Semua A dan markah 90 peratus dan ke atas. Harap reward ni dapat memberikan semangat untuk Qabil supaya lebih berjaya. Mama dah janji kalau dapat no 1, reward lagi besar akan diberikan. Qayyim tumpang tuah kejayaan abg. Nanti Qayyim pun akan dapat peluang yang sama. Insya'Allah. Doakan mama dimurahkan rezeki.

Jungle Gym adalah tempat riadah untuk kanak-kanak di dalam shopping complex. Selesa dan selamat sebab lantai dan semuanya ditutupi permukaan yang lebut. Jungle Gym ni terletak di Atria Shopping Complex. Kami guna Waze apps je nak pergi ke sini. Yela kan. Cik Abg bukan suka berjalan. Mau sesat la kalau tak guna Waze ni.

Tiket masuk pula seperti di bawah :-
Isnin-Jumaat
Todlers (Bawah 2 tahun) - RM 25
Kanak-kanak ( 2tahun ke atas) - RM 48
Penjaga - RM 5 (redeem sebotol air mineral)

Hujung Minggu/Cuti Umum/Cuti Sekolah
Todlers (Bawah 2 tahun) - RM 35
Kanak-kanak ( 2tahun ke atas) - RM 58
Penjaga - RM 5 (redeem sebotol air mineral)

Waaaa...beza kan harga. Sebenarnya bagus pergi hari Isnin - Jumaat sebab orang tak ramai dan anak-anak dapat main tanpa halangan dan berebut. Kalau hari cuti ramai sangat orang. Kami bernasib baik pergi hari kerja, so tak ramai orang. Tapi macam kerung best pulak sebab tak deng pulak budak-budak tu main. Tapi Qabil tetiba dapat kawan seorang budak Cina yang tak de geng jugak nak main datang mengendeng. So ada la kawan main. Qayyim lak...mengekot je abang dia la kan.

Junge Gym ni bagus kalau budak yang aktif dan suka explore. Qabil ni agak penakut. So adik pun takut gak la. Tapi diaorg suka main slide. Seronok betul. Qayyim siap turun slide sorang-sorang okey.

Video Qabil dengan Qayyim turun slide

Qabil di Jungle Gym

Ni dah turun slide. Ada ke nak naik ikut situ balik

Berani tau nak naik sorang-sorang dak kecik ni

Ni dalam kolam bola
Ni pulak kolam bola main jaringkan bola dalam gol
Ni dekat trampulin kecik. Yang trampulin besar amek video
Ni ala cawan yang pusing-pusing tu. Tapi Qayyim penakut. Last-last dia suruh Qabil naik, dia yang pusingkan abang dia
Qabil feeling konon naik kuda
Adik lak nak naik kapal terbang
Ni pose ala hero remaja
Slide kecik untuk warm up
Kalau nak tau pe lagi...datang tau bawak anak-anak. Slide besar tu, parents pun boleh naik. 
Selamat meluangkan masa bersama keluarga.
 Nanti kita pergi tempat lain pulak.
 



Toddlers (below 2 yrs) Kids (above 2 yrs) Guardian   Week Day RM25 RM48 RM5 (redeem a
bottle of water)   Weekend / Public Holiday / School Holiday RM35 RM58 RM5 (redeem a
bottle of water) - See more at: http://www.junglegym.my/pricing.php#sthash.4xFd6ysk.dpuf


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~