~ Carrot Cake with Cream Cheese Frosting ~

Assalamualaikum & salam Jumaat. 
Minggu ni Bizi sikit sebab ada audit 2016. Tapi makan tetap makan khen....

Dah lama xbuat kek. Dok buat cupcake je untuk Qayyim bawak bekal g skolah. Anak bujang kecik ni kena bagi bekal. Kalau tak dia susah nak masuk sekolah. 

Jadi....seru rajin lebih sikit mai minggu ni. Dah lama nak buat carrot cake ni. Sebelum ni makan yang Secret Receipe je. Pernah beli tempat lain tapi tak sesedap SR. Dah nama pun SR khen....

Dok tengok resepi Carrot Cake dok lalu lalang dalam group Aku Masak Kau Yang Panas dalam FB. 
Carrot pun dok beli, cheese pun ada. Jadi....paksa diri untuk buat kek ni. Tengok resepi senang je. Tunggu hero kecik tu tido...kita start mixer.

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting. 
Kuning & putih.
Lupa carrot kaler Oren.
Abaikan deco sememeh. Jenuh berperang dengan hero kecik, dia pun nak deco sama.

 Resepi kek ni senang je. Tak de nak kena asingkan putih & kuning macam sesetengah resepi tu. Tapi rasa dia...boomm..sedap. Tak de rasa carrot kalau bagi yang tak suka sayur.

Hahaha...sebelum ni mama tak pernah makan sebab tak suka sayur. Takut kek ni over rasa carrot. Tapi rasa masa g rumah adik kat Ipoh, terus tersuka. Gigih masa mengandung hero kecik dok mintak dgn Cik Abang tiap-tiap minggu Carrot Cake SR.

Jom kita tengok resepi dia.

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting

Bahan kek :- 
 (1)
2 batang carrot sederhana (parut) - sukatan dah di parut, 1 1/2 cawan

(2)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
1/2 sk serbuk buah pala - jika suka
1/2 sk serbuk kayu manis - jika suka
- satukan semua bahan & ayak

(3)
4 biji telur gred A
1/2 cwn gula halus
3/4 cwn gula perang
1 sb ovellet
1 sk esen vanilla
1 1/2 cawan minyak masak
Sedikit walnut yg dibakar & cincang kasar
3 sb chia seeds - ni sendiri tambah sebab ada stok kat rumah

Caranya :-
- Panaskan oven suhu 170 darjah selama 10 minit
- Satukan telur, gula , esen & ovellet. Mix hingga kembang & gebu
- Masukkan minyak. mix 2 minit & matikan mixer
- Masukkan tepung (2)sedikit demi sedikit
- Masukkan walnut, carrot & chia seeds, kacau rata
- Tuangkan ke dalam loyang & bakar suhu 170 darjah selama 1 jam (hingga masak ler. Ikut oven seniri)
- Dah masak, keluarkan kek dari loyang & sejukkan

Cream cheese frosting :-
125g unsulted butter
1/2 cawan gula ising (ayak dulu spy cream smooth)
250g cream cheese
Sedikit lemon - ikut kesukaan kemasaman. Jgn banyak sangat nanti krim lembik
 - Mixkan butter & gula hingga sebati
- Masukkan cheese, mix lagi hingga sebati
- Titiskan jus lemon & mix lagi hingga sebati
- Sedia digunakan kepada kek yang dah sejuk

Enjoy.......

Rasanya takde topping pun dah sedap kek ni. Lain kali boleh buat lagi

Selamat mencuba

Tapi kalau malas, SR jugak la kita yeee

Kita selit sama ni haaaaa

 Tengok....mesti ada punya dia....

 

  

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~