~ Taman Tema Legoland ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah sebulan berlalu baru nak update. Tak pe la kan...boleh mengimbau nostalgia kseronokan berada di sana. pk, kita sambung cerita.

Kami memulakan penjelajahan di dalam taman Tema pada keesokan harinya. Yela..dah sampai pun pukul 5. Lagi sejam je taman nak tutup. So better kami berehat di dalam bilik sambil menyegarkan badan sebelum keluar semula untuk mencari makan malam. 

Ambil mood dulu sebelum memerah keringat nak membakar lemak di dalam taman tema ni. 

Ok. Keadaan di dalam taman tema masa kedatangan kami adalah panas. So, digalakkan anak-anak supaya pakai topi, baju yang menyerap peluh dan bawa air kosong banyak-banyak. Kami memang dah siap bawa 2 termos air sejuk. Susu Qayyim 2 botol. Beg yang mama galas tu, ada penebat untuk memastikan susu kekal panas. Bawa juga baju salinan dan tuala kecil. Jangan risau, dalam taman tema ni banyak toilet. Makanan tak boleh bawa masuk ye. Kalau nak bawa pun, pandai-pandai korang la. Diingatkan, makanan di dalam taman tema ni MAHAL. Tapi macam kami beli tiket untuk 2 hari, kami bebas keluar masuk sesuka hati kami. Tapi tak kuasa la kan. Makan je la dalam taman tema tu. Bila lagi nak merasa kan.

Lepas tu, sila ambil peta. Penting tu supaya kita boleh tau apa yang kita dah pergi dan apa yang belum. Macam kami, sehari memang tak cukup sebab nak pergi teman air lagi. Balik hotelm belek balik peta, tanda tempat yang belum pergi untuk perjalanan esoknya.

Tarikan terbaru adalah Lego Ninjago. kena pergi tau. Best. Ride dia real sangat bila kita pakai cermin mata 3D tu. Kita boleh lawan dengan ninja jahat yang keluar dekat skrin. Tapi tak ada gambar sebab staff dah warning awal-awal masa naik ride dia supaya simpan segala telefon dan kamera.
Biar gambar yang berbicara la ye. 
Legoland Ninjago
Pintu masuk ke Lego Ninjaga

Mama pun nak la ada dalam gambar sama. Yang di selepas masuk pintu gerbang tadi

Anak bujang beraksi

Hiah....tumbuk dia



Si kecik dah dahaga. Dah tak peduli dah gambar pegang botol susu pun

Ni hero kita. Kena la ada jugak gambar dia

 
Si kecik nak try panjat dinding. Nanti mama boleh bawak g extreme park
 
Naga ni pun dari lego tau. Gigih betul la 

 
 

Lego Starwars


Ni pun tarikan terbaru jugak. Kami masuk hari ke-2 sebab masa dah nak keluar hari pertama baru perasan tempat ni. Jadi dah tanda dalam peta tempat yang mesti pergi esoknya. Bagi yang suka cerita Starwars, memang best la dalam ni. Masuk-masuk je, ada cerita pendek. Kami tak tengok pun cerita tu sebab nak tengok lego dia lagi best. Semua benda, kapal perang la, kapal angkasa la diperbuat dari lego. Siap ada butang yang pengunjung boleh tekan supaya kapal tu bergerak. Yang butang ni si kecik asyik dok berebut. Dia tak bagi sapa-sapa dah tekan. Adek..tepuk dahi mama tengok.

Bahagian luar

Abaikan budak yang bagi bontot masa mama dia nak ambil gambar. Abang di je yang beraksi

                                                                             

 

Bahagian dalam. 
Biarlah gambar yang berbicara.  Sebenarnya tu alasan sebab tak tau cerita Starwars ni..


 
 
 
 

Nak banyak gambar lagi, kena la pergi sendiri. Tapi kena menabung la macam mamabuat dan buat sebagai target kepada anak supaya belajar bersungguh-sungguh.

Dragon Apprentice

Pintu masuk ke Dragon Apprentice
Yang ni ada gambar pintu masuk je la sebab adik tak boleh masuk. Tak cukup ketinggian. Dia macam roller coaster tapi tak tinggi. Abah denga Qabil je masuk sebab abah kena teman Qabil. Kalau adik bolek masuk pun rasanya mama tak masuk sebab mama dah serik naik roller coaster dalam Time Square. Balik dari main tu terus muntah segala benda yang dah makan. Huhuhu

Lego Kingdom

Yang ni pun ada ride jugak. Mama dengan adik ambil gambar dekat bahagian luar je la.

Seperti biasa, si kecik tu suka bagi bontot masa orang nak ambil gambar

 Adik tengok je la mama ye. 

Ntah berapa lama la baru nak habis baca buku ni



Qabil dengan panglima dari Lego


I'm the King of your heart....eceh
 


King..tengok pengawal ni melepak je.....


Qayyim : Habis la abg kena ketukkkk....

Lego Race

Ni pulak tempat virtual roller coaster. Naik ni kena pakai cermin mata khas dia. Mama tak naik sebab kena jaga Qayyim. Hahaha..alasan semata-mata sebab sebenarnya mama penakut. Qabil naik ni sampai 2 kali. Best dia kata. Abah yang naik dengan dia pun sekali je sebab pening abah kata. tengok orang naik best sebab suka tengok orang jerit.

 
Pintu masuk depan Lego Race. Tengok kete tu terbalik, yang naik pun akan merasai la macam tu. Kepala dekat bawah...seram....

Ok...kita pergi ke Waterpark pula. Nanti sambug balik cerita di taman Tema ni. Kita ada masa 1 hari lagi esok untuk menjelajah....



Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~