~ Kek Gulung Marble ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di harap semuanya berada di dalam keadaan sihat. Ada yang masih bercuti lagi ke sempena Tahun Baru Cina? Seronok kan menghabiskan masa bersama keluarga.

Kami semua tak pergi mana pun cuti Tahun Baru Cina ni. Papa Bear pancit. Tak tau la salah urat ke gout. Atau mungkin kedua-duanya. Salah duduk pun boleh jadi sakit kat bahagian pinggul dia tu. Dulu pun pernah jadi camtu. Arwah Abah bawak pergi berurut, alhamdulillah baik. Tapi sekarang tukang urutnya pun dah meninggal dulu sebelum Abah. Al-Fatihah untuk Abah dan pak cik tukang urut.

Oleh sebab tak pergi mana-mana, maka tangan pun gatal nak makan benda manis. Dah lama teringin nak buat kek gulung ni. Bahan semua ada. Memang la lagi gatal tangan. Telur pun ada....memang cantek la. Tu yang bahaya bila ada telur dan cuti tak pergi mana-mana tu. Mula la sesi menternak lemak pun bermula.

Jadi kali ni kita cuba buat kek gulung. Resepi kita derhaka. resepi dari Cikgu Azlina yang femes tu. Resepi ni sebenarnya resepi kek span. Kita ubah jadi kek gulung dengan bakar dalam tray 12 x 12. Hahaha....bijak...

Rasa kek ni memang maveles...sedap, lembut...gebu....hadoi la....macamana nak jadi 50 kg ni. Memang tak la kalau macam ni. Cheat day sampai kek sebatang habis. 


Kek gulung marble ku.....suka buat macam-macam kaler. 

Ni kita tepek resepi yang kita guna. Senang je buatnya. Bahan pun mudah.

Kek Gulung Marble
-Resepi asal kek span Fb : Azlina Ina

Bahan-bahan :-

6 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb ovellet
1sk esen vanila (kalau nak perisa lain, ikut selera la kan)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan susu tepung 
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak / butter cair
Pewarna jika suka

Cara :-
1. Masukkan semua bahan kecuali minyak/butter cair.
2. Mula-mula 'mix slow' 3 saat. Kemudian 'speed' sederhana 3 saat. Last sekali 'high speed' sampai gebu. Maksudnya sampai adunan tu pekat, lawa, jatuh dia pun 'slow' malas-malas je. Dah dapat macam tu, matikan 'mixer'.
3. Masukkan minyak/butter cair. Kalau bagi rata pakai spatula je. Kalau takde pakai la senduk pun tak pe...dah rata tu, kalau nak letak kaler, letak la.
4. Tuangkan dalam loyang 12 x 12 yang di lapik 'baking paper'. Bagi rata tau adunan tu dalam loyang. 
5. Bakar suhu 160 darjah selama 40 minit ikut jenis oven korang ye. Jangan lupa, oven tu panaskan dulu dalam 10 minit sebelum nak bakar tu. Senang, 'time ko tengah dok adun, panaskan je oven tu. 'By time' siap aduan, dah boleh terus masuk dalam oven. 
6. Macam biasa, kalau tak 'pro', nak tau dahmasak ke belum, cucuk la dengan lidi. Kalau tak melekat tu, maknanya dah masak.
7. Terus keluarkan dari oven, telangkupkan atas 'kitchen towel, buang kertas bawah dia tu, terus gulung dalam kithen towel tu bg sejuk. 
8. Dah sejuk, boleh sapu dengan inti yang disukai. Dalam kes ni, kita letak coklat buttercream (bahan : butter, krimwell, susu pekat, serbuk coklat - pukul hingga gebu)
9. Dah sapu tu, gulung la bagi rapat, nanti terbukak pulak. Boleh balut dengan 'plastic wrap'.
10. Dah siap....boleh potong dan hidangkan untuk dinikmati....

Senang kan resepi dia. Masuk je semua bahan dalam mixer tu. Resepi ni juga kita guna masa buat kek 'birthday' Qayyim yang tema 'construction tu. Kek ni memang lembut sangat.

Selamat mencuba....




Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~