~Kek Minyak Kukus~

Sekarang ni anak teruna tu pantang je mama di cuti. tiap2 minggu nak buat kek. lepas tu mensti buat ikut resepi yang dia pilih pulak tu. X boleh buat resepi lain. Dan resepi pihilan dia mestilah yang berwarna warni. Ni baru anak teruna. Jangan t dapat anak dara langsung xmau ke dapur dah la. 

Makanya resepi yang dipilih minggu ini untuk minum petang adalah KEK MINYAK KUKUS dari fb Mklong Tipah. Kek ni memang sedap. Agak moist sebab dia kukus. Wangi je masa kukus tu. Pemilihan warna adalah dipilih oleh chef kecilku.
Macam kaler ais krim paddle pop pulak

Kek Kukus Minyak @fb Mklong Tipah

Bahan2:-
5 bj telur
1 st ovellate
1/2 cwn gula
3/4 cwn susu pekat (asal 1 cwn)
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn minyak (nak sedap pakai la minyak yg mahal, sy pki minyak Saji je. tu pn mak mentua kata sdap mcm kek dia pernah balaja dulu masa di muda2)
Warna pilihan - biru, oren, pink & purple

Cara membuatnya :-
Panaskan kukusan. Loyang di sapu butter & ditabur sedikit tepung utk elak melekat.
1. Pukul telur, gula & ovellate, pukul sampai kembang (chef cilik sy akan pukul step by step smpai max kelajuan mixer sampai la gebu & putih)
2. Masukkan susu pekat. Pukul sebati.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan minyak sampai habis. Pukul lg dalam 5 minit.
4. Bahagikan kpd beberapa bahagian & warnakan.
5. Sudukan ke tengah loyang berselang seli hingga adunan habis (kalu nak buat corak mcm di bawah, gunakan lidi / pencungkil gigi)
Hasil gigih practice baru dapat mcm ni

6. Kukus hingga masak dalam 1 jam/ hingga masak (balutkan penutup kukusan dgn towel nipis/kain nipis utk elak air menitik ke permukaan kek)
7. Sejukkan baru dikeluarkan dr loyang.

Tara...siap
Gebus sangat. Semangat tengok dia naik.

Comments

Popular posts from this blog

~Kegunaan Lain Baking Soda ie Soda Bikarbonat~

~Kek Kukus Susu Berkeju~