~Kek Choc+Strawberi+Chipsmore~

Minggu lepas adalah hari melepak dr hari Khanis sampai Isnin. Best giler dapat cuti lama2. Tak sangka betul. Khamis - Maulid Nabi
Jumaat - Amek Annual leave 2012 yg ada balance 3 hari
Sabtu & Ahad - memang la cuti oiii
Isnin - 4wad cuti Taipusan hari Ahad

Memang puas sangat. Tambahan hari Jumaat duduk rumah sorang2 sbb Papa Bear keje & Acmad g skolah. Jahat giler mama dia. Mama cuti pun hntar Achmad g skolah. Xpe la kan. Bukan slalu mama dpt berehat sorang2. Maka dengan itu bermulalah episod membaking tanpa pembantu.

Sebenarnya resepi asal adalah Kek Coklat. Tapi disebabkan ada 2 paket Stoberi Papa Bear beli konon nak buat Jus utk sakit Gout yg dok tperam dlm peti es, jadi mama songlap la cikit utk masukkan dalam kek. Best gak ada rasa masam2. Biskut chipsmore lak sbb dah lama letak dlm beg skolah Achmad, tp dia xmakan2, dh hncur lebur. Dari dbazirkan, lebih baik dijadikan sesuatu yg bermanfaat & dpt dimakan. Makanya lahirlah

~Kek Choc+Strawberi+Chipsmore~
Variasi Pelbagai Bentuk & Idea Kek Coklat dr 1 adunan je ek.

Boleh kata semua orang suka kek coklat. Ianya boleh dimasak dengan kaedah bakar & kukus. Resepi ni gunakan dua-dua cara. Hasilnya kek yg kukus lebih moist. Biasa la tu. Semua orang dah tau kan. Apa daaa....

Meh kita tengok resepinya .....

Kek Coklat + Strawberi + Chipsmore (Bakar & Kukus)
Bahan:-
1 cwn susu coklat/susu cair/susu perisa strawberi
½ cwn biskut chipsmore/oreo dbuang krim/biskut tiger coklat (dihancurkan)
½ cwn minyak masak/butter cair
1 cwn gula pasir
½ cwn strawberi dilecek
1 cwn tepung naik sendiri
½ cwn serbuk koko
2 bj telur

Cara :-
1. Panaskan kukusan / oven.
2. Satukan susu,minyak & gula.
3. Kacau didalam mangkuk hingga rata & sebati (just guna wisk je).
4. Masukkan strawberi & kacau sebati (Time ni boleh rasa kalu strawberi tu masam,boleh tambahkan gula. Tapi kena kacau hingga sebati)
5. Masukkan tepung & sebuk koko. Kacau supaya tepung & serbuk koko tidak berketul-ketul.
6. Pukul telur didalam mangkuk lain menggunakan garfu. Pukul hingga putih &kuning sebati. (Macam nak buat telur dadar tu)
7. Masukkan biskut yg telah di hancurkan & kacau sebati.
8. Boleh di kukus (kalu acuan lompang dlm 20 minit. If nak merekah, gunakan api besar)/ di bakar hingga masak (acuan muffin suhu 160 darjah, selama 15 minit)
9. Sejukkan & hiaskan jika suka.
 
  Tada....hasil kreativiti untuk menarik minat Achmad makan kek ni
 
 Secoet je ising dia. Budak tu mna makan ising banyak2. Manik gula tu yg di kutip. Ni versi bakar.

 Ni versi kukus. Moist je..Simple. Rasanya kukus lg best. 
 Ni untuk Papa Bear. Plain je sbb lelaki biasa la kan...xmo ising bagai
 Ni untuk saya.....try guna set nozzel 100 pieces deco kit yg baru beli dr Groupon. Murah je rm25. murah kan. 


Ni dia gamba kit yg dibeli. Tq to En.Google for picture.
Cukup la untuk beginner kan. Bukan nak guna sll pun.
 
 Mari2 makan kek coklat sambil2 tambahkan lemak anda....
 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~