~Kek Coklat Horlicks Lembab ke Lembap ?~

Salam Isnin semua. Sekarang ni punya la panas kan. Dah agak lama x mbuat kek. Mood buat ke dah ke laut. Tekak dah terasa je kesedapan Kek Coklat Moist. Nak beli trasa rugi sangat. rasa tak berbaloi beli spotong ke coklat harga 5 hengget sdgkan untuk membuatnya amatlah mudah sampaikan Qabil pun boleh buat. Lagi pun bahan2 sememagnya dah ada ke rumah. Jadi semalam dh siap kemas blik yang dah berabuk, mula la mengadun kek ni. Sebenarnya mama dia jadi mandor je. Qabil la yang tukang buat dia. 

Buat kek coklat ni teramat la mudah. langsung xpakai mixer. Kalau malas tahap dewata raya datang, bancuh je dalam loyang, trus je kukus. Tu memang malas tahap tak ingat la. Tapi rasa melampau la pulak kan.

Akhirnya....setelah di gagahkan diri...terhasil la Kek Coklat Horlicks yang moist sangat. Dah tak menahan dah. Panas2 potong sebab dah terliur sangat. lega bila dapat makan. memang heaven.

Layannnnn

Sedap oooo...tak terkata...sapa nak


Kek Coklat Horlick

2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn serbuk koko (best yg pahit mcm vochella / van houten)
1 cwn horlick original
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak jagung/minyak masak
3 paket Nescafe 3 in 1 Regular (apa2 jenama pn boleh)
1 cwn air panas mendidih
4 biji telur

Cara :-
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan butter & taburkan sedikit tepung spy x melekat
2. Pukul sikit telur (guna garfu je mcm buat telur dadar).
3. Satukan semua bahan kecuali air panas. Gaulkan sebati
4. Last sekali masukkan air panas. Kacau sebati spy xbergentel & tepung xberketul
5. Masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam / hingga masak bergntung kpd saiz loyang
6. Sejukkan. Sedap makan dengan air krim vanilla

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~