~Wadai Kepeng Citrawarna Berdurian~

Salam Jumaat yang mulia. Pagi2 lagi dah hujan. Hujan rahmat.

Panjang betul tajuk entry kali ni. Wadai kepeng adalah sejenis bubur yang berasaskan tepung pulut. Ini adalah makanan orang Banjar. Banjar ke aku? Ntah la. Abah Banjar. Tapi memang xtau langsung ckp banjar. Banjar lupa diri la tu.

Mula2 ingat nak buat kek Alunan kasih. Tapi kasih tak sampai, mood je yang beralun2. Buat masa cuti hari Buruh tadi. Saja je letak kaler2 bagi nampak ceria sikit. Slalunya buat letak kaler hijau je. Boring ah. Kali ni tambah lak dengan durian sbb stok durian mmg ada dlm peti es utk buat bubur. 

Jadi layan je la wadai kepeng campur duria. Best mkn dengan roti Gardenia. Makan saja pun sedap dah. Kalu buat wadai kepeng ni mesti teringat dekat abah sbb abah memang suka mkn wadai kepeng ni. Terinngt dulu time sakit msa kena simbah dgn minyak panas. Balik sungkai sbb rindu mama dgn abah. Dok tbaring dlm bilik mama. Dengan la mama, abah & adik2 dok bising2 kat dapur. Rupa2nya depa dok buat wadai kepeng. Jeles btl time tu xdpt join kemeriahan sbb nk bwk diri pun payah.

Wadai kepeng...abah...Rindunya mama dgn abah

 Colourful Wadai Kepeng

Wadai Kepeng Citrawarna Berdurian @ Azniezura

Bahan
Adunan Tepung:
Tepung Pulut
Scubit garam
Sdikit air
Pewarna
-         Campurkan tepung dan garam. Tambahkan air sedikit demi sdikit hingga tepung xmelekat di tangan mcm buat buah melaka
-         Bahagikan kpd beberapa bhgian utk diwarnakan
-         Buat bulat2 kecik2 dan tekan tengah dia bg leper ditengah (saya sll buat adunan tepung ni dulu baru masak kuah dia)

Kuah :
Durian
Santan
Sagu
Air gula melaka
Garam
Air kosong
-         Panaskan air. Masukkan air gula, garam & sagu. Masak hingga sagu agak masak
-         Masukkan tepung yg telah dibentuk. Masuk sikit2 takut dia melekat
-         Bila semua tepung timbul, masukkan santan.
-         Masak hingga semua sagu menjadi jernih dgn api perlahan.
-         Siap

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~