~Sakit itu Ujian~

Alhamdulillah..hari ni badan semakin ok.
Hari Jumaat lepas, bangun tido mmg rasa badan dah x ok. Rasa kepala memusing je, rasa meloya..semua ada la. Tapi gagahkan badan bangun..mandi bersiap nak g keje. Dah siap tu..baring kat kerusi d ruang tamu sambil peluk buah oren sbb hajat nak bwk buah oren tu g ofis, nak mkn bg hlgkn rasa meloya.

Tapi...semuanya hanya angan2. Last langsung xlarat nak bangun. Qabil pun abah dia yg siapkan. Biasa la budak manja + mengada tu. So cik abg g keje & hntr Qabil g skolah. Dalam kul 11 dah rasa tak larat sgt..siap msg cik abg mintak dia keje half day je. Mmg serius langsung xde tenaga. Dalam pada dok tunggu dia balik, terlena. Tjaga dengan dia balik. Alhamdulillah...ada penyelamat. Cik abg la bwk air dgn buah naik bilik utk isterinya ni. Then turun bawah lak masak untuk isterinya. Waaa...terharunya.

Sakit2 dapat sup memang best. Tapi sbbkan sakit..mana de selera kan. Makan gak la cikit utk alas perut.
Malam tu memang tido tak lena. Rasa perut sangat tak sedap. Rasa nak memerut tp g toilet hanya mampu duduk tmenung. Setelah beberapa kali brulang ke toilet..akhirnya...haaaa melambak atas lantai toilet. Habis keluar balik semua yg telah di makan start dr hari Khamis malam. Segala burger, sup ayam, cekodok pisang..habis keluar. Tak pernah muntah sebanyak tu. Terus jerit panggil cik abg. Cian dia tjaga dr tido sbbkan isterinya ni. Cik abg la yg cuci segala muntah tu ...Huhuhu..rasa sedih lak tu. 

Lps dah munth trus baring kat tpt cik abg. Dia dh bersihkan semua, baring atas lengan dia (memang tabiat time tak sihat), smbil say "Sorry". Dia lak ckp nak sorry knapa lak. So bg la tau sbb dah susahkan dia. Tp dia ckp xde susahnya...Memang terharu giler....Last2 lps dia picitkn kepala, dpt la tido. Akhirnya cik abg pun xg keje lagi hari sabtunya sbb risaukan sang isteri yg xsihat di rumah dgn anaknya yg very2 active.

Makanya jadi la hari sabtu & ahad hari duduk kat rumah je. Kalu tak, hari ahad mmg hri berlibur. 
Harap lepas ni tak de la sakit cmtu dah. Serius...memang tak larat giler...

Jagalah kesihatan kay...

Selamat hari Isnin

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~