~ Dah besar dah dia ~

Assalamualaikum....
Salam hari Khamis. Alhamdulillah skrg dah start hujan balik. Boleh dikatakan hari-hari KL hujan. 

Haaaa....dah hujan mesti la sejukkan tido malam. Sapa yang ada anak kecik mesti dah biasa kena jemur tilam, kena basuh cadar hari-hari pun ada. 

Qayyim pun macam tu la jugak. Bocor pampersnya. Mungkin jugak sbb sblm tido dah minum susu sebotol. Lepas tu kul 4 sebotol lagi. Tu tak masuk susu cap gantung lagi. Huhuhu...patutnya mamanya kena alert la kn kul 4 tu bagi susu, tukar pampers.

Makanya....pagi tadi bangun si abahnya bagi tau Qayyim dah bocor. Huhuhu....kena la mandi ye nak sebelum g skolah. Takkan la nak g skolah bau hancing. Slalu kalu tak bocor pun mesti mama akan tukarkan pampers sebelum hantar g taska.

Disebabkan terpaksa mandi awal, mama gigih naik ke bilik Abg Qabil untuk ambil baju tadika Abg utk bagi Qayyim pakai. Muat la walaupun besar cikit. Seluar longgar sikit. Mama jahit la pinggang tu sikit sebab mama eksited nak bagi Qayyim pakai uniform skolah.

Sekarang Qayyim dah tak duduk dekat tingkat todler. Qayyim dah duduk dengan kawan-kawan lain. So tak de la bosan.sagat sebab ada aktiviti boleh buat walaupun sekadar menari, mewarna or main puzzle. Ok la kan..


Lama dah usia uniform tu. Abg Qabil pakai dari umur 2 1/2 tahun sampai 6 tahun. Pudar sikit kaler dia sebab basuh hari-hari. Beg pun beg Abg jugak. Beg hadiah dr Mommy Nyah masa besday Abg Qabil yang ke-6. Tak pe la...t adik masuk skolah mama beli yang baru ok.

Adik jangan nakal-nakal tau. Belaja rajin-rajin. Jadi anak yang terbaik untuk mama & abah.

Mama sayang adik walaupun mama selalu marah adik.


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~