~ Kejayaan 2018, Qabil ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari pertama musim cuti telah bermula. Apa perancangan cuti sekolah anak-anak semua? Qabil dah selamat balik kampung ikut Auntie Norli dia. Tak bagi pun kesian jugak.

Minggu- minggu terakhir sesi persekolahan adalah sesi meraikan pencapaian anak-anak kita. Mana yang berjaya meraih tempat, tahniah diucapkan. Mana yang kurang berjaya, boleh cuba lagi. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan sehingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah, pengakhiran sesia 2018 adalah peningkatan bagi Qabil. Memang mama terharu sangat sebab selalunya akhir tahun selalunya result menurun. Tapi tahun ni pencapaian Qabil meningkat sangat berbanding pertengahan tahun. Alhamdulillah.

Mama memang dah cakap dekat Qabil dari lepas dapat result exam pertengahan tahun yang mama teringin nak tengok Qabil buat persembahan sebab Qabil ada mewakili sekolah di dalam persembahan Melodian di KLIA. Mama juga ada cakap yang mama nak tengok Qabil naik pentas lagi ambil hadiah untuk akademik tahun ni. Alhamdulillah, Qabil berusaha mengabulkan permintaan mama. Terima kasih sayang. Qabil buktikan yang Qabil boleh berada di atas.

Alhamdulillah, akhir tahun ni pencapaian Qabil meningkat dari pertengahan tahun. Sekolah kebangsaan Qabil mendapat tempat pertama di dalam kelas dan keseluruhan. Pada pertengahan tahun lepas Qabil mendapat tempat keempat.

Hadiah tempat pertama di dalam kelas dan terbaik keseluruhan tahun 4

Mama juga dapat menyaksikan Qabil buat persembahan. Mama siap rakam lagi. Tapi nak letak video kat sini lama sangat nak upload. Jadi mama letak gambar je.

Qabil berbaju merah di dalam persembahan melodian

Sekolah KAFA juga mama lihat pencapaian Qabil meningkat. Qabil mendapat tempat pertama di dalam kelas yang mana sebelum ini Qabil mendapat tempat ke 2. Alhamdulillah. Selain dari itu, Qabil juga mendapat hadian kehadiran cemerlang di sekolah agama.

Tempat pertama dan kehadiran cemerlang untuk sekolah KAFA. Sampin merah sebab Qabil pengawas

Sebelum majlis penyampian hadiah sekolah kebangsaan diadakan secara rasmi, Qabil juga telah mendapat pengiktirafan di dalam kehadiran penuh dan sahsiah terpuji. Alhamdulillah dan tahniah. Mama bangga dengan Qabil.

 Penghargaan di atas kehadiran penuh dan sahsiah terpuji. Qabil pakai vest kaler ungu kerana Qabil adalah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) disekolah.

Mama doakan Qabil terus berjaya mencapai cita-cita Qabil sebagai Saintis. Nanti kita fikir Waterpark mana kita nak terjah macam janji mama. 

Qabil tetap kesayangan mama sampai bila-bila.


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~