KL Bird Park

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Ok, semalam cuti umum seluruh Malaysia sempena Deepavali kan. Apa aktiviti yang kawan-kawan lakukan? Melepak dirumah ke?

Sempenan cuti umum semalam, sementelah dah bosan pusing mall, kami pergi ke KL Bird Park. Dah 11 tahun duduk di KL, tak pernah pergi pun. Semalam pun cuaca mendung dan semua ahli keluarga di dalam keadaan sihat. Sebenarnya dah lama plan nak pergi tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sini.

Tak dapat ambil gambar dekat pintu masuk, dekat photobooth pun jadi la asalkan ada perkataan KL Bird Park tu

KL Bird Park terletak di Jalan Cenderawasih, berdekatan dengan Taman Botani dan Taman Orkid. Kami tak pergi pun sebab dah penat.

Harga tiket masuk pula adalah :

Dewasa (Standard) : RM 63
Kanak-kanak (Standard) : 42

Bagi pemegang MyKad dan Mykid, senang kata untuk warganegara Malaysia, lain pulak. Tapi kena tunjuk Mykad dengan Mykid tau untuk dapat harga di bawah ni :

Dewasa (Mykad) : RM 25
Kanak-kanak (Mykid) : RM 12

Haaaa....ada lagi tambahan. Kami dapat diskaun lagi sebab sebelum pergi mama dah tengok web KL Bird Park ni untuk tau apa promosi. Untuk pemegang kad Jusco dan kad Popular, setiap 1 kad boleh claim diskaun untuk 1 tiket dewasa. Mama ada kad Jusco dan kad Popular, jadi mama claim diskaun untuk tiket mama dan abah. Jadi tiket mama dan abah hanya RM 20 seorang. Untung la mama sebab suka kumpul macam-macam kad.

Diskaun untuk pemegang kad Jusco dan Popular sehingga 31 Disember 2018

Dah bayar, pengunjung akan diberikan tiket macam gelang tu untuk masuk dan 2 peta. Senang ada peta ni. So boleh plan mana nak pergi dulu.

KL Bird Park mengetengahkan konsep Open Cage dimana ada sesetengah burung dibiarkan bebas berterbangan dan berjalan di kalangan pengunjung. Maka kena berhati-hati ye mengawasi anak-anak anda. Jangan dikejar burung-burung tu. Kadang-kadang terkejut juga sambil berjalan tetiba burung datang terbang depan muka kita.

Di sini burung-burung ditempatkan dalam 4 zon. Zon 1 dan 2 dimana burung-burung dilepaskan. Jadi boleh pegang burung merak dan burung ni tak heran pun dengan manusia. Selamba je dia jalan terkedek-kedek sebelah kita.

First time tau dapat pegang burung merak ni

Merak ni nak ikut abah.

Zon 3 adalah tempat burung Enggang. Ala....burung yang fames dekat Sarawak tu. Tak boleh lepas burung ni. Kang di terbang dah naya.

Sian kau Si Enggang kena kurung. Tapi nanti hang terbang tak mau balik pulak kalau lepas

Zon 4 pula adalah zon burung dalam kandang macam Kasawari, Ostrich dan burung eksotik yang lain.

Jom kita layan gambar-gambar dalam ni. Jangan tanya nama burung tu tau sebab tak ingat nama dia.

Otak burung unta lebih kecil dari matanya

Burung ni tak cukup makanan, seluar abah dipatuknya. Kena hati-hati dengan tangan tau. Makanan boleh beli dekat vending machine dengan harga RM 1. Tapi kena pakai duit 50sen sebab mesin dia ala-ala mesin mainan yang kena masuk duit tu

Siang mengantuk malam berjaga. Sapa geng dengan burung hantu ni? Baik angkat tangan mengaku yeeee

Burung kasawari. Tak sama kan dengan burung unta

Ni tengah bergosip

Burung ni banyak berkeliaran di kalangan pengunjung. Tapi bila dekat dengan dia, dia lari

I believe I can fly

Black swan dengan anak Mat Saleh

Awak....saya nak merajuk ni. Kemain ko ye burung. Sekor pusing kiri, sekor pusing kanan

Cantik kan background dia

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi memang best dapat berjalan ke sini. Ambil udara segar sambil tengok burung- burung yang tak pernah kita tau pun.

Tapiiiiii....penat. 4 jam kami dalam ni. Balik semua penat. Tapi seronok. Nak datang lagi? Abah kata tunggu bercucu pulak. Hahaha...kalau dah bercucu tu, memang semput la...nanti kita fikir mana pulak kita nak pergi.



Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~