~ Santai Bersama Keluarga ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti 2018 sudah sampai penghujung. Kemana kawan-kawan semua meluangkan masa bersama anak-anak, bonda, adik beradik dan ahli keluarga? Mesti menarikkan dapat meluangkan masa bersama.

Alhamdulillah, penghujung cuti kami dapat meluagkanasa bersama. Percutian tanpa dirancang. Bak kata omputeh 'on the spot'. Kebetulan adik bongsu pun ambil cuti hari sebelum Krismas, maka kami melarikan mama ke Teluk Kemang dan Teluk Batik. 

Dah tak rancang, just bawa je bekal baju kalau ada homestay yang kosong. Kalau tak ada, selepas berkelah dan mandi manda di laut, balik la semula ke Sungkai untuk bermalam di teratak bonda tercinta.

Kami bertolak dari Sungkai jam 11 pagi. Jalan memang tak tau. Ikut je la cik waze bagi arahan sebab yang pernah pergi sini mama, adik, Atam dan Arwah Abah. Arwah abah memang teror la bab jalan ni. Jalan Sabah pun dia boleh ingat walaupun lepas 10 tahun.

Sampai di Teluk Kemang, Ya Allah...ramainya orang. Dah la dengan cuaca panas terik. Sapa suruh bertolak lambat kan. Jadi mula-mula kami cari tempat untuk bermalam dulu. Alhamdulillah, dapat la Motel yang boleh la...Kamila Motel. Tapi tak betul-betul tepi laut. Tapi tak juga jauh. Hanya perlu seberang jalan kampung je dari Motel ke laut. Homestay tepi laut semua dah penuh dengan orang yang buat family day. 

Kamila Motel ni ok la. 1 bintang boleh la. Tapi lupa nak ambil gambar sebab nak makan dah. Lapar kot sampai dalam pukul 2 petang dah. Bilik dalam motel ni tak ada tv tau. Hanya ada katil queen, penyidai baju, almari baju. Towel pun dapat 1 je. Bilik air just ada shower dan tandas dab penyidai towel. Ok la dari tak de langsung kan. Dapat la mandi laut puas-puas. 

Selepas selesai booking motel, destinasi seterusnya adalah tepian pantai untuk mengisi perut sambil tunggu bilik dibersihkan. Makan sambil diiringi tiupan angin laut, yang simple pun boleh. Lauk pun sekadar sambal sotong, sayur campur, ayam goreng, telur dadar. Mama pula bawa kari ikan dari kedai. 

Sebelum makan kena posing dulu geng-geng gegirls kan. 

Gambar makanan tak ada la ye. Bayangkan je la. Nampak kan sia kalerful tu. Lepas makan, Motel pun dah siap dibersihkan. Kami pun masuk untuk berehat sementara menunggu teduh dan menunaikan solat zohor dan asar. Panas terik ooo...orang pun padat sangat. Tak lalu la nak berpanas. 

Kesimpulannya, jangan datang sini masa cuti sekolah atau cuti umum. Orang terlalu ramai. Walaupun pokok sepanjang pantai pun tetap penuh dengan manusia.

Kami turun ke pantai dalam pukul 5 petang. Cuaca pun dah redup. Orang pun dah tak ramai sangat. Air dah mula pasang. Tempat kami makan tadi dah dinaiki air. Air pasang ni yang tak bestnya sebab air laut banyak dengan daun kering. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami.

Macam biasa, pose sebelum basah

Anak bujang kecik dah tak sabar nak mandi laut dari panas terik lagi. Mula-mula dia main dekat tepi je, lama-lama baru la berani nak basahkan diri.

Mula-mula main pasar dulu

Masa ni dah berani dah. Dah boleh baring dalam air dah

Kita pun nak jugak melayan deruan ombak. Bukan selalu dapat peluang macam ni

Senyummu Bonda, membahagiakan kami.
Macam biasa la mama. Mana mau mandi. Rasanya dari kami kecik lagi pergi sungai ke, pantai ke, memang mama tak mandi.

Dah hampir pukul 6.30 petang baru la kami naik ke darat. Puas hati. Esoknya seawal 8 pagi kami sambung lagi mandi laut. Lepaskan gian puas-puas.

Pukul 11 pagi kami pun keluar. Sebelum pulang, kami singggah ke Teluk Batik. Sini pun ramai jugak. Dekat sini lagi panas terik sebab pokok jauh dari pantai.

Bukti dah sampai ke Teluk Batik. Budak tu dah tak peduli sebab dapat ais krim. Dalam kereta dok mengamuk nak pergi ke Tokong Cina sebab dia ternampak tokong cina besar tepi jalan

Pasir pantai Teluk Batik yang memutih

Selesai bergambar, singgah makan tengahari di kedai di depan pantai sebelum berangkat balik ke Sungkai. Alhamdulillah, percutian yang singkat tapi amat bermakna.

Lain kali kita plan pergi tempat lain pulak.



Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~