~ Nasi Bamboo Sungai Klah ~

Assalamualaikum dn salam sejahtera. Cuaca sekarang tak menentu. Pagi panas terik, petang hujan selebat-lebatnya. Tapi alhamdulillah, tak ada la panas sangat sebab dah hujan kan. Kalau tak, dulu negara kita pernah mengalami kemarau hingga air terpaksa dicatu. Rasanya dalam tahun 2014. Memang begitu terasa apabila air dicatu.

Kali ni kita nak bercerita pasal Nasi Bamboo Sungai Klah. Hahaha...dah 10 tahun duduk Sungkai tapi tak pernah cuba. Dari kedai dia hanya gerai kecil di dalam Sungai Klah, hinggalah perpindah ke kawasan yang lebih besar di sebelah jalan besar tak jauh dari susur keluar 'Highway' Sungkai.

Setelah berapa lama mama dok bercerita, makanya baru la tergerak hati nak mencuba. Tu pun pegi dengan Mama dan Adik Ooni je. Cik Abang tak mau ikut. So anak-anak tinggal dekat dia. Gaya macam la jauh sangat kedai ni dari rumah mama. Kalau dari rumah mama dalam 5 menet. Kalau dari kedai mama pun 5 menet la jugak. Dekat bebenor tau. Cuma seru tu je yang lambat. Kami pergi jam 11.30 pagi sebab kalau lambat mama cakap nak perking susah, orang pun ramai. Pukul 11.30 pagi tu pun dah banyak la kereta. Tapi still ada parking dalam kawasan kedai. Kalau lambat, parking la tepi jalan ye, Yeob & Yong.

Ni la kedai dia

Apa yang membuatkan kedai ni famous? Sebab nasi dibalut dengan daun apa ntah dan dimasukkan ke dalam buluh. Sebab tu la di panggil Nasi Bamboo...Nak omputeh...Bamboo Rice. Hahaha....
Portion dia agak banyak. Kami beli 3 nasi. Tapi makan 2 je kongsi 3 orang. 1 lagi bawak balik bagi cik abang. Nasi dia nasi putih biasa je. Yang bestnya lauk-pauk. memang rambang mata. Pelbagai jenis masakan kampung. Dari masak lemak, kari, hingga ke pelbagai jenis kerabu. Untuk makan di sini kami pilih Ayam Goreng Bunian, Kerabu Nangka, Kambing Bakar dan Udang Bakar. Pencicah dia ada 2 jenis iaitu Air asam dan sambal kicap simple ala rumah punya style. Ala...potong bawang, cili padi dan tomato, curah kicap. Settle. Ayam goreng bunian adalah resepi istimewa kedai ini. Memang dah ada dari gerai mereka lagi.

Sila ye jamu mata tengok kite

 Untuk mereka yang ditinggalkan, kami beli kambing bakar, ayam goreng bunian, ayam percik, sup kambing dan puyuh percik. Ayam kena beli banyak sebab ramai budak-budak dekat rumah. Puyuh dengan kambing bakar tu sebab cik abang suka. Sup tu pulak untuk Qayyim sebab dia kena chiken pox time tu. So boleh makan sup je la.

Kambing bakar. Agak manis sos perapan dia tapi daging dia lembut
 
Ayam goreng bunian (menu istimewa katanya resepi dari Indonesia)
 
Ayam percik
 
Sup kambing untuk Qayyim
 
Puyuh percik

Secara keseluruhan, makanan dia ok. Cik abang pun kata ok. Kalau cik abang kata ok, maknanya ok, boleh repeat lagi sebab dia teramatlah cerewet. Harga pun sesuai dan munasabah. 

Dah kenyang kita balik untuk isi perut yang dirumah pulak.

Alhamdulillahhhhhh 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~