~ Double Celebration ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih lagi dalam mood raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia serta dunia serta pembaca blog ini.

Hari raya merupakan hari kemenangan kepada umat Islam melawan hawa nafsu. Bermula dari tahun 2016, raya pertama di sambut di rumah mama setelah Mak (ibu mertua) kembali ke rahmatullah. Tambah lagi lagi setlah abah juga kembali kepada penciptanya tahun 2017. Kami sebolehnya tak mahu mama sunyi dan sedih.

Tahun ni yang beraya di rumah mama adalah family kami, Atam dan isteri serta adik Ooni (semestinya la sebab dia tak kawen lagi. Hehehe....)

Sebahagian dari keluarga Mak Su

Tema kami tahun ni hijau.......variasi hijau....tak de la nampak sedondon sepapan sangatkan.

Keluarga kecil kami.Susah betul nak dapat gambar yang semenggah, Ada je spoilnya.

Peluang bergambar berdua tidak boleh dilepaskan

Tahun ini juga, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari yang sama ulang tahun kelahiran anak bujang sulong mama yang ke 11 iaitu 5 June. Dah 11 tahun dah anak mama. Dah sama tinggi dengan mama dah. Saiz kasut pun dah lagi besaq dari mama. Mama doakan Qabil sentiasa menjadi anak yang terbaik utuk mama dan abah, sentiasa menjadi kebanggan keluarga serta berjaya di dunia dan akhirat. Walaupun mama selalu marah dan tegur Qabil, tu tanda mama sayangkan Qabil dan sentiasa ambil berat pasal Qabil (mata masuk habuk pulak...wawawawa)
Jenuh menyuruh pose nak amek gambar. Biasa la anak lelaki kan.


Raya ada lagi ni. Raya kan sebulan . Moh kita beraya lagi....

Selamat hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir & batin.

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~