~ Ice Cream Cookies ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera Masih dalam mood raya. So kita cerita lagi pasal biskut raya.

Kali ni kita buat biskut kegemaran anak-anak. Kalau dah letak coklat dan manik gula tu, budak la yg suka kan. Biskut ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari cucu-cucu Mak Ndak masa mereka berkunjung ke rumah mama raya pertama hari tu.

Menggodakan biskut ni. Dengan warna kuning terang, manik-manik gula berwarna. Memang kegemaran kanak-kanak

Cara membuatnya pun mudah kerana tak perlu mixer bagai. Guna wisk je dah cukup. Ye la kan. Kita bukan nak buat kek yang perlukan nak pukul marjerin dengan gula sampai kembang berganda.

Jadi kita kongsikan resepi untuk pembaca yang nak cuba untuk raya tahun depan (waaaa.....lambat lagi tu)

Ice Cream Cookies

Bahan :-
2 1/2 @ 3 cwn tepung gandum (masukkan dulu 2 cwn. Kalau dah ok, xperlu guna lg 1 cwn sbb sy guna cwn air jeeee)
1 sudu kecil baking powder
1 cawan tepung jagung
1 cwn marjerin
1 cwn gula halus
1 bj telur (gred apa pun boleh)
1 sudu kecil esen vanila

Hiasan :-
Coklat masakan- dicairkan secara double boil
Manik berwarna

Cara :-
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan
2. Pukul marjerin dgn gula hingga kembang. Tapi jangan sampai macam nak buat kek tu ye.
3. Masukkan telur dan sebatikan
4. Masukkan tepung jagung. Gaul sebati.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut dan tak melekat di tangan. Tak perlu habiskan tepung jika perlu
6. Panaskan oven suhu 170° selama 10 minit
7. Canaikan dan bentukkan menggunakan acuan bentuk ais krim. Jangan letak terlalu dekat kerana biskut ini akan mengembang
8. Bakar selama 15 minit / hingga masak bergantung kpd oven dan saiz biskut
9. Biarkan sejuk.
10. Celupkan ke dalam coklat dan taburkan manik gula. Biarkan coklat keras sebelum di simpan.

Selamat menyambung rayaaaaaaa
 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~