~Bingka Roti~

Roti ni dah lama duduk dalam peti ais. Rsanya lebih dr sebulan. Rumah ni ada 3 org je. Tapi skali membeli...bila mama dtg, mama ckp mcm org nk simpan stok mknan takut darurat. Hehehe..nafsu tukang kua duitnya beso...Skali beli mmg la xde sikit2 punya. Tambah kalu time Carefour ke, Tesco ke, Jusco ke, Giant ke, Segi ke jual murah. Memang la hazab membeli.

Roti ni beli 2 buku. Papa bear tu la beli. Konon nak bawak ke ofis mkn dgn sambal makarel. Alih2 pulak bawak 1 je. Nak elakkan membazir, simpan la orti tu dlm peti es. Lps tu ada la pulak roti coklat Achmad punya. Beli 3, 2 je dia mkn. Sumbat jugak dlm peti ais. Mana la peti ais xpenuh. 2 bijik peti ais. Tapi dah sumbat mcmacam sampaikan kicap pn msuk dlm peti ais. Memang la hazab peti ais tu. Biskut pulak yg dah lemau sbb Achmad skrg dok mkn biskut Oreo. Terkontang-kanting la biskut tu ada 5 keping dlm tapaware dia. Makanya di sebabkan sayangkan benda...Buat la BINGKA ROTI ni. Ceh...KL la sgt. Xsedo diri. Dulu ddk trolak dok panggil BENGKANG je.

Selain dr alasan xnak membazir, sebenarnya nak sumbat benda lain pulak dlm peti es tu. Smlm kan ahad. Ahad adalah hari membeli brg. Kononya la. Sdgkan sbananya suka2 hti la nak beli time bila pun. Nak sumbat la pulak buah2 yg di beli smalam. Sakan la beli tembikai 1/2 bijik. Honeydew 1/2 bijik. Betik 3 bijik. Jagung 2 tongkol (ni Papa Bear request nak bubur jagung). Timun 5 batang. Tomato 8 bijik.

Tu sebenanya alasan nak buat Bingka Roti ni. Dulu sebelum kawen sll buat sbb adik2 ramai. Abah lak suka mkn kue. Kalu buat mmg sekejap je habis. Maklum la adik barik rmai. Memang horror sguh kalu msk. Tak mau sikit2 punya. Rindu btl time tu....Haaa..melakut dah.

Dulu buat bengkang roti ni sllnya tabur je la apa benda lebih yg mama guna buat kiuh jual. Kdg2 ltk hirisan pisang. Kdg2 ltk kacang yg di blender. Suka hati je la. Skrg dh upgrade. Letak coklat chip, stoberi chip, coklat masakan yg disagat. Baru la best nak mkn. Best pun hadap sorang je. Kirim salam la Papa Bear dgn Achmad nak mkn. Papa Bear mkn la kot spotong. Nak amek hati la kan. Achmad...Dia cium2 je la amek bau. Betuah punya anak. Tapi xpe..bwk ke ofis, mkn smbil buat keje...Hahaha

Bingka Roti ku. Ni pakai roti gandum tapi. Sehat la konon. 

Bingka Roti

12 keping roti gandum
1 roti coklat gardenia yg 70sen
5 keping biskut tiger coklat
2 cwn santan
¾ cwn gula
Sedikit garam
Coklat chip utk tabor
Coklat putih disagat utk tabor

Cara:-
1. Rendamkan roti & biskut dlm santan hingga kembang bersama gula & garam dlm 15minit
2. Hncurkan kalu suka. Kalu nak biarkan kasar2 pun blh
3. Masukkan dlm loyang yg di sapu marjerin
4. Bakar hingga masak dlm suhu 200 darjah selama 30 minit
5. Sejukkan sebelum dipotong

Comments

Popular posts from this blog

~ Kek Kukus Horlicks ~

~Kek Minyak Kukus~

~Kek Kukus Susu Berkeju~