~Kek Kukus Susu Berkeju~

Kek Kukus Susu memang sedap ok. Dah try buat 2x sebelum ni masa mama mama buat open kedai raya thn lepas. Tak dapat balik time tu, kebetulan mama dtg sbb along xsihat, so buat bg dekat mama. Tapi tak amek lak gamba time tu.

2nd time buat masa nyah peknen. Ngidam mak labu masa peknen ke apek @ Muqri. Buat pun last minit.
 Dia kata xcukup mkn masa open kedai mama. So gigih la buat balik dr pasar sbb time tu dia dh ada dekat zoo. Nasib baik sempat.

 Ni la kek yg buat bagi mak labu time tu.

Tapi kali ni buat untuk tekak sendiri & diubah suai dr resepi asal kak Azlita @ Masam Manis.Resepi kali ni tambah cream cheese sbb dulu beli konon nak buat kek coklat yg ada cream cheese. Sampai sekarang seru buat kek tu xsampai. Sebab malas sbnanya nak buat kek yg lece2 ni. Nak kena adun 2x. Jadi terhasillah 

KEK KUKUS SUSU BERKEJU.....
Comey kan kaler dia. Kaler bendera kedah la pulak. Hijau kuning. Di tambah cikit2 kaler cekelet.

Kek ni memang sedap. Time kukus tu...waaaa bau susu dgn cheese tu, wangi 1 rumah. Kek ni moist. Sedap makan time sejuk, ltk dlm peti es.

Mari cek resepi kek ni yg dah diubahsuai. 

KEK KUKUS SUSU BERKEJU

Bhn :
125g buttercup
200g cream cheese
1 ½ cwn susu pekat manis
1 sudu kfc ovellate
3 cwn tpung naik sendiri
½ cwn susu segar/cair
5 bj telur
Pewarna – ikut suka
Cara:
1. Pukul butter, cheese dgn susu pekat hingga kembang & gebu
2. Masukkan ovellate. Pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga adunan sebati
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Kacau adunan hingga sebati
5. Bahagikan kepada warna yang disukai
6. Masukkan ke dalam Loyang
7. Kukus hingga masak selama 45minit dengan api sederhana / hingga masak
8. Sejukkan & potong utk dihidang

      Mari makannnnnnnnnnnnn

Comments

Popular posts from this blog

~Kek Minyak Kukus~

~Kegunaan Lain Baking Soda ie Soda Bikarbonat~