~Kek Coklat Putih Marble~

Lama jugak rasanya tak buat kek. Dok kek kek kek..badn pun dah bulat. Kali ni tergoda dengan resepi dari fb Wahidah Jais. tengok bahan pun senang. Yang paling penting, tak perlu nak guna mixer. Memang dasar pemalas punya orang. Tau nak makan je. Hei..kalu tau nak mkn je, xde la dok try macam2 resepi tau.

Kek Coklat Putih ni memang senang. Bahan pun simple. Yang paling penting, ada stok coklat putih kat rumah. Tu yang nak try buat kek ni. Ada lebih coklat putih masa buat biskut Ais Krim buat dengan Achmad dulu tu. Tamak, beli secara banyakkan. Lepas tu duduk la dalam tong bahan2 buat kek.

Kek ni sedap gak. Tapi tak boleh lawan la Kek Coklat Moist. memang lagi heaven la. Heaven sangat la kau.

Asal kaler kek ni putih suci sbb nama pun Kek Coklat Putih. tapi dah dasar gatai tangan, mesti nak letak kaler2 gak la. Tambah ada assistant Co-Chef yang tolong buat. Mak dia tukang arah je. So kena la ikut cakap dia nak letak kaler pe.

Kek ni so simple sampai Achmad pun boleh buat, dengan syarat...yang cairkan coklat + butter 9 gula tu mak dia la buat kan. yang kacau2 semua tmasuk kacau telo dia yang buat.

See...kaler yang Achmd pilih. Tak tipu tau.

Meh layan resepi dia sama. Jangan nak tau makan je.


Kek Coklat Putih Marble

Resepi dari Wahidah Jais

Bahan A:
200g coklat putih
250 butter
¾ cwn gula
¾ cwn susu cair/susu segar

Di masak hingga hancur guna api kecil & sejukkan.

Bahan B:
3 bg telur
1 1/3 cwn tepung naik sendiri
1 cwn tepung gandum

Kacau sebati dengan wisk.

- Campurkan bahan A & B. Kacau sebati. Boleh marblekan kalu suka. Tuangkan dalam loyang yang di sapu marjerin. Bakar suhu 160 darjah selama 50 minit

Comments

Popular posts from this blog

~ Kek Kukus Horlicks ~

~Kek Kukus Susu Berkeju~

~ Indah Morib Homestay ~