~Mari Kita Membaca~

Sekarang ni tabiat membaca novel kembali semula. Dulu kecik2 time sekolah letak hobi membaca. Tapi sekarang membaca ni boleh dijadikan mcm kegilaan. Bila time ada duit lebih cikit, mula la melilau ke kedai buku nak mencari novel. Tapi bagus pe membaca sbb dari membaca la boleh tau macam2 negara yang tak pernah kita jejak. Nak tgk tv pun jenjarang tgk. Cite Koreo pun skarang dah tak layan. Dok tgk Upin Ipin, Boboi Boy, CSI, Deadliest Catch, Oh, My English dan skarang terbaru...MasterChef Selebriti Musim 2. 

Seronok membaca ni. Dulu time belum kawen sanggup tido lambat wp badan penat lepas tolong mama buat kue utk menega esoknya sbb nak habiskan baca novel. Sekarang dah keje, dah ada suami & anak..baca time lunch or time anah dgn suami tgk tv bila cite yg rasa xbest nk tgk. lantak la korang tgk tv. 

Novel yang paling best setakat ni adalah ...
Projek Memikat Suami
Giler best novel ni. Sekarang ada dekat Nyah. Kalu dia kata tak dak dekat dia, harus la korbankan duit beli lg 1. Tak mau bagi pinjam dah. 

Ni pulak novel2 terbaru yang dah dibeli dan dah habis baca :
a) Cik Blur dan Cik Ikhlas
b) Amir Minah Macho
c) Hanya Dia di Hatiku
d) 3 Campur 1 = Satu - best giler tahap gelak tgolek2. Baca dalam train dr Ampang Park ke Gombak, jenuh menahan diri dari gelak. Kalu terlepas pun gelak tu, cover2 dgn buku. Serius kelakar
d) Bila Blogger Jadi Maid
 
 Ni pulak baru habis baca Khamis lepas. 
Ni pun dah habis baca dah bulan lepas rasanya

 Ni novel minggu ini
a) Meh Sandar Pada Aku - novel yg bikin geram pada heronya. Hangin je. Baru habis semalam baca time lunch
b) Cinta 2U dot My - baru start baca malam tadi sementara tunggu masterChef start

Marilah kita membaca

Membaca jambatan ilmu.




Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~