~ Rancangan Wan Malaysia - Season 3 ~

Assalamualaikum semua

Sekarang ni cuaca x menentukan.
Sekejap hujan,sekejap panas.
Apa kena la dengan tajuk kan? 

Sekarang ni Papa bear tengah sibuk. Nak ajak berlibur pun terasa serba salah. Sebabnya? Sebab tu la yang ada kena mengena dengan tajuk hari ni.

WAN MALAYSIA - Season 3.
Papa Bear ni kejenya adalah sebagai EDITOR aka PENYUNTING. Dia adalah penyunting bagi program Tv. Serakat ni Papa Bear dah edit program Kids On 2 di Tv 2 setiap hari Jumaat dah 4-5 tahun rasanya. Still edit Kids On 2 sampai sekarang. Selain tu Papa bear gak ada edit Program masakan Chef Wan yg baru sahaja habis di tayangkan di Tv 3 ie Mmmmm...Sedapnya Ayamas bersama Chef Wan di Greece. Dannnnnnn...sekarang yg tengah dalam pembikinan adalah rancangan Wan Malaysia yg akan di tayangkan di Astro Prima. Insya'allah program ni akan disiarkan di Astro Prima pada 18 Januari 2014. Haaaa...x lama dah kan. Sebab tu la dia bertungkus lumus siapakn progam tu. Job last minit. tapi dah orang nak bagi reaeki kan. Sambar je la. 

Dalam season ni, Chef Wan akan pergi ke Homestay di seluruh Malaysia meninjau aktiviti2 yang disediakan di Homestay tersebut sambil memasak masakan trademark bagi negeri2 yang dilawatinya. Di dalam rancangan tersebut juga akan diberitahu harga2 bagi kemudahan penginapan yang disediakan di homestay tersebut. jadi..boleh la tengok utk plan rancangan percutian bagi tahun 2014 kan. Yelakan, tahun 2013 dah nak sampai penghujung. Jadi sambil tengok kalender percutian tahun hadapan, boleh la memulakan plan utk percutian yang seterusnya pulak

Jadi...nantikan kemunculan rancangan ni kay (kite pun xpernah tengok sebelum ni. Dah dia kena buat baru tau wujudnya program ni)


Sekiannnnn..masa menghabiskan cutiiiii

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~