~ Lapis Jagung & Coklat ~

Assalamualakum.
Dah lama tak buat kuih2 tradisinal ni. tetiba terasa nak makan kuih lapis. Buat kiuh lapis senang je. Nak masak je lama ckit sebab nak kena masak selapis2 selapis. tapi disebabkan nak makan punya pasal, buat je la kan. 

Kali ni buat kiublapis perisa jagung & coklat. Selalunya xde perisa, plain je. Just letak warna je. Kali ni letak perisa. Tapi perisa pun just cikit je. Nak bagi serikan. Ikut hati memang kalu boleh ada 7 lapis, nak buat 7 kaler. Ala-ala macam pelangi lak. tapi malas nak membasuh bekas banyak2, tu yg buat 2 perisa je. Sedap & lembut tau. resepi ni adalah resepi mama. Dulu masa mama meniaga kuih, memang selalu la kena buat kuih ni. Jadi, skil tu masih ada sampai sekarang, alhamdulillah.

ha..tengok. Warna kuning tu dari pati jagung tau .Menarik tau

Untuk perisa jagung, kite gunakan pati jagung yg selalu guna untuk buat air jenama Double Lion tu. mak-mak kite mesti tau la jenama tu. untuk perisa coklat kite letakkan serbuk koko & sedikit pes coklat yg sll guna utk buat kuih tu. Ala...yg ada macam2 kaler tu. Serbuk koko yg kite guna lak jenama Van Houten. Memang kite suka jenama tu utk buat kek, biskut & kuih.

Jadi, kite sertakan juga resepi Kiuh lapis ni if nak buat lain kali senang nak cari.

Lapis Jagung & Coklat

Bahan-bahan:-
 1 biji kelapa
 6 cawan air untuk buat santan
 1 1/2 cwn gula
 3 cwn tepung beras
 1/2 cwn tepung gandum
 1 sk garam
 2 sb pati jagung
 2 sb serbuk koko & sedikit warna coklat

Cara2:-
 1. Sediakan santan menggunakan 1 biji kelapa & 6 cawan air
 2. Ayakkan tepung beras + gandum. Masukkan gula + garam.
 3. Tuangkan santan sedikit demi sedikit. Kacau sampai hilang berketul2. (Cara senang, blander je semua.)
 4. Kemudian, bahagikan kepada 2 bahagian ie 1 utk periasa jagung & 1 lagu utk perisa coklat.
 5. Sebelum tu, panaskan periuk kukus, sapukan bekas dengan minyak supaya kuih xmelekat.
 6. Selepas kukusan dah panas, masukkan selapis. Kukus dalam 5 minit. (Nak tau macamana masa ok utk masukkan lapisan lain, tengok permukaan 1st tu dh berkilat, boleh masukkan lapisan lagi satu)
 7. Kukus semua lapisan sampai selesai. Dah siap, sejukkan dulu sebelum dipotong. Eloknya kalu nak mkn petang, lepas sarapan dah boleh buat. Sebab kalu potong masa panas nanti terburai. Lepas tu, kalu nak cantik, potong guna pisau plastik. 


Sedap tau.....


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~