~ Cucur Udang Comel ~

Assalamualaikum & salam sejahtera.

SELAMAT HARI KRISMAS
Hari ni Rakyat Malaysia yg beragama Kritian menyambut Hari Krismas. Hari Krismas ni kiranya hari raya la bagi orang Kristian. Hari krismas ini di sambut pada 25 Disember setiap tahun.

Sekarang ni masih lagi dalam musim hujan. Ingat dulu2 la kan, orang-orang tua selalu cakap kalu nak kenduri kawen musim hujan, kena baling pakaian si pengantin atas bumbung rumah untuk tak nak bagi hujan semasa majlis sedang di jalankan. Tak tau la betul ke idah. Tak pernah try buat pulak.

Bila cakap musim hujan ni kan, perut pun rajin betul la lapa. Asyik2 nak makan. Tambah hari cuti. Time makan mesti lengkap. Breakfast, lunch, tea time & dinner. Nasib baik supper xde sbb dah kenyang perut, mata pun mula la berat kan. Sampaika Qabil pun dok merungut sbb asyik kena suruh makan je. "Asyik-asyik makan". Tak pun, "Kan baru le tadi dah makan". Tu la cakap dia. Ye la kan, dia makan kan sejam baru nak habis. Baru je lps rehat dr lunch, dah mama dia buat minum petang lak. Mama nak bg Qabil cepat besar la.

Menu utk time-time hujan ni menu yang simple je. cucur yang simple yg seisi keluarga makan terutamanya Papa Bear. Papa bear ni, kalu bg dia hari2 cucur pun dia sanggup. Tapi cucur yg pedas la tau Bukan cucur lemak manis ke kecuali Jemput Pisang aka Cekodok. 

Hari ni menu minum petang di kala hujan adalah Cucur Udang Comel. Senang & simple. Sebab apa ada tambahan comel lak hujung tu? Sebabnyaaaaa...cucur ni saiz dia kecik. Sekali ngap je msuk mulut. Kite dah biasa di ajar buar cucur kecik2 oleh mama sebab abah xsuka cucur besar2. Ingat dulu kalu nyah buat cucur besar2, mesti abah komplen, "besaq kepala lulut" abah cakap. Jadi sampai sekarang la buat cucur kecil2.

Cucur udang ni sedap di makan begitu saja atau di cicah dengan sos / kuah kari / kuah kacang. Tambah pulak air Teh O / Kopi O...Fuhhhh..memang layang la time hujan2 ni. Sepinggan habis makan kami 3 beranak.

Pecaya tak Cucur Udang kite comel? Tengok
v
v
v
Macam comel je, macam cute je

Ha...dah percayakan cucur kite comel. Buat cucur ni senang je. Campak je apa yg ada. Boleh letak udang basah/ikan bilis/udang kering. Sayur dia pulak macam kat atas tu letak buncis dgn jagung sbb tu je yg ada kat rumah. Boleh letak kucai / carrot / tauge.

Memang asyik....

Cucur Udang Comel

Bahan :-
1 labu bwg besar
2 cwn tpung gandum
¾ cwn air biasa
12 bj cili padi
Segenggam Jagung
1 bj cili merah
5 btg kacang buncis
1 sk garam
½ sk serbuk kunyit
1 cwn udang kecil
1 bj telur (jika suka utk bg cucur gebu)

Cara :-
-          Campurkan semua bahan kecuali telur. Kacau sebati.
-          Jika nak gebu, tambahkan telur, jika nak rangup, xperlu telur.
-          Gorengkan di dalam minyak yang panas hingga kekuningan
-          Angkat & toskan minyak
-          Sedap di makan panas2 dengan sos / kuah kacang/ kuah kari


Sedappppppp.....

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~