~Donut Mama~

Assalamualaikum.
Sihat ke? Kalau tak sihat,xde la update blogkan. Sementelah hari ni bercuti, maka ada la kesempatan nak update blog ni. Sekadar suka-suka. Sekadar berkongsi minat memasak & mencuba resepi-resepi yang tersimpan dalam buku resepi Mama. 

Kali ni nak share resepi Donut Mama. Sebanarnya dah banyak kali Qabil cakap nak makan Donut. Dia kata ada makan kat sekolah. Donut yang bulat, besar, ada lubang kat tengah & di salut dengan gula. Ikutkan malas mama dia ni, beli je Donut Big Apple. Senang. Tapi dia xmau donut tu yg ada coklat semua bagai. Dia nak donutn tradisional. So...terjadi la Donut ni. Gigih sms Mama tanya camne nak buat sebab bahan dia ada tulis dalam buku mama tu.

Proses buat agak lama sebab nak kena perap bagi doh tu naik. Kiranya dalam 2 jam gak la baru boleh makan Donut tu. Lama tau. nak makan sekejap je. Tapui alhamdulillah, percubaan pertama menjadi. Seronok tengok Qabil makan. Sekali dia makan habis 4 biji. 4 biji tu sekali makan tu kira banyak tau bagi budak yang susah nak makan macam dia. Jadi usaha mama berbaloi.

Geram tengok. Gebu sangat.

Jadi..jom tengok resepi dia. Kot-kot nanti boleh try buat lak.

Donut Mama

Bahan :-
2 cwn tepung gandum
½ sb gula
½ sk garam
1 sb yis
2 sb susu tepung
1 bj telur
2 sb marjerin
½ cwn air (xperlu habiskan)
Gula yg dikisar utk salut donut

Cara :-
1.       Campurkan semua bahan kecuali air & gaul sebati
2.       Masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli. Uli hingga doh tidak melekat di tangan
3.       Rehatkan selama 1 jam (doh akan naik 2x ganda)
4.       Tumbuk2  untuk buangkan agin dlm doh
5.       Bentukkan & rehatkan selama 15 minit (adunan akan menjadi ringan. Ini menandakan ia sudah boleh di goreng)
6.       Goreng hingga kekuningan, angkat & sejukkan seketika
7.       Salutkan donut dgn gula & siap…..

Memang tak rugi buat. Doh ni juga boleh digunakan utk buat pizza.

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~