~ Cita-Cita Qabil ~

Salam hari Rabu. Dah msuk pertengahan minggu bekerja rupanya. Sekejap saja masa berlalu. Tahun 2013 pun dah sampai penghujung. 

Walaupun sekolah bercuti, tapi Qabil tetap kena pergi nurseri. Maklum la xde siapa nak jaga Qabil kat rumah. Sorry sayang. Mama kena kerja.

Selalunya memang bila naik kereta Qabil akan bacakan Doa naik kenderaan supaya perjalanan kami semua selamat & dilindungi. Alhamdulillah, berkat doa yang dibacakan oleh permata hati kami, kami semua dilindungi Allah kerana telah beberapa kali kami terselamat dibawah lindungan Allah berkat amalam membaca doa ini. 

Tetiba pagi ni ada a dialong antara Ibu dan Anak yang menarik setelah semua naik kereta sebelum memulakan perjalanan....

Mama : Tok Imam, sila baca doa
Qabil : Jangan la panggil macam tu
Mama : Dah tu, nak panggil apa?
Qabil : Panggil la IMAM MUDA Qabil. Tok Imam tu dah tua. Qabil ni muda lagi
Mama : Ok la. IMAM MUDA Qabil, tlg baca doa naik kenderaan.
Qabil : Bagus...bagus (sambil terus baca doa naik kenderaan)
 (dalam hati mama, sempat lak dia fikir dalam masa singkat yg Tok Imam tu tua sbb perkataan TOK)

 Alhamdulillah. Sejuk hati mama. 

Sebenarnya sampai hari ni Qabil hanya ada 3 cita-cita yang mana jarang kanak-kanak seusianya terfikirkan cita-cita tersebut. Cita-cita Qabil adalah :-
1. Angkasawan
2. Syeikh /  Imam
3. Chef

Tak de la dia nak jadi Ultraman ke, Polis ke macam kanak-kanak lain. Insya'allah mama & abah akan sentiasa menyokong cita-cita murni Qabil. 
Amin.

 Qabil sebagai ANGKASAWAN

Qabil sebagai IMAM

Qabil sebagai CHEF

Semoga cita-cita anak mama & abah menjadi kenyataan.

Jom kita amalkan doa naik kenderaan sebagai perlindungan kita bersama.
AMIN
Doa naik kenderaan dr blog Iznie

 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~