~ Kek Kukus Horlicks ~

Salam Hari Jumaat. Sekarang musim hujan datang balik. Hujan kan rahmat. Alhamdulillah.

Kali ni kita layan Kek Kukus Horlicks. Selalu buat Kek Kukus Coklat. Tukar citarasa pulak kan. Daripada horlicks tu terbiar je dalam peti ais, lebih baik jadikan ia sesuatu yg boleh di makan. Sebenarnya resepi dia sama je dengan kek kukus coklat. Rasanya lepas ni kalu nak buat kek kukus horlicks ni kena kurangkan sukatan gula sebab terasa macam manis pulak.

Sedap tau kek ni. Bau dia wangi je masa masak. Nak buat pun senang. Bila2 masa je blh try buat kalu dh xtau nak masak apa utk minum petang. Jom layan..

Menyelerakan...

Kek Kukus Horlick

Bahan :-
1 cwn tepung naik sendiri
1 cwn horlick original
¾ cwn susu pekat manis
½ cwn minyak jagung / minyak masak
1/3 cwn susu tepung
½ cwn air panas mendidih
2 biji telur
1 sk garam
Warna pilihan (jik asuka)

Cara :-
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan butter & taburka nsedikit tepung spy x melekat
2. Pukul sikit telur (guna garfu je mcm buat telur dadar).
3. Satukan semua bahan kecuali air panas. Gaulkan sebati
4. Last sekali masukkan air panas. Kacau sebati spy x bergentel & tepung x berketul
5. Jika suka, bahagikan kepada 2 bahagian & letakkan sedikit pewarna. Jika tidak, teruske step 6.
6. Masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam / hingga masak bergntung kpd sai zloyang
7. Sejukkan dan hidangkan.


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~