~ Seri Ayu...memang Ayu..... ~

Assalamualaikum

Sejuk betul hari ni walaupun xhujan. Kat lua pun redup & berangin je. Boring la pulak xtau nak buat apa time cuti2 ni. Rancangan tv pun xseronok. Nak balik kampung pun xboleh sbb cik abang dok sibuk siapkan rancangan Wan Malaysia Season 3 yang nak on air dekat Astro Prima. Patutnya on air hari khamis tadi, tapi extend ke Isnin minggu depan. Jadi...duduk melepak la kat rumah.

Sejuk2 ni tekak pun rsa nak makan macam2. Tetiba tengit bestnya kalu dapat makan Seri Ayu. Tapi kelapa pulak xde. Kelapa xde...hmmmm xjadi hal. Boleh je buat xpakai kelapa. Seri Ayu ni sejenis kuih tradisional. Rasanya seperti apam. Tapi dia lemak sbb menggunakan telur dan santan. Dah terliur ni. 

Lama jugak xbuat seri ayu ni sebab nak buat dia kena betul2 seru tu datang & mood tengah elok. Kalau tak, alamat bantat la dia. Mengada kan. Memang pernah jadi macam tu sebab dulu ingat mama sruh buat untuk meniaga, tapi xde mood nak buat. Buat dalam terpaksa..keras jadinya. Jadi lepas tu memang sentiasa ingat la.

Kali ni seri ayu tanpa kelapa. Tapi gantikan dengan coklat rice & periasa keladi. Maknanya seri ayu tu ada 2 bahagian la. Saja seronok tengok kuih yg berwarna warni. rasa ceria je.

Menggodakan Seri Ayu ni. Memang ayu sungguh

Resepi dia senang je. Tapi kena set mood betul2 tau.

Seri Ayu (Tanpa Kelapa) 

-Kuantiti 15 biji

Bhn :-
¾ cwn gula
1 bj telur
1 cwn santan
½ sk baking powder
1 ¾ cwn tepung gandum
1 paket Eno original

Cara :-
1.       Panaskan kukusan & sapu acuan dgn minyak
2.       Ayakkan tepung dgn baking powder
3.       Pukul telur dgn gula hingga kembang
4.       Masukkan santan & pukul sebati
5.       Masukkan tepung yg telah di ayak bersama serbuk penaik & pukul sebati
6.       Last sekali masukkan eno & kacau sebati.
7.       Bahagikan kpd bebrapa warna jika suka. Saya bahagikn kpd 2 – kuning + coklat rice & purple + pati air keladi
8.       Masukkan ke dalam acuan & kukus dgn api perlahan dalam 30 minit / hingga masak
9.       Sejukkan & hidangkan

Sedap sungguh. 10 biji habis makan sorang sbb cik abang dgn hero kecik tu xsuka makanan manis2 ni. Lain kali nak buat lagi...

 


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~