~ Komplen ~

Assamualaikum..hari Isnin yang huru hara di pejabat.

Situasi ni terjadi semasa tengah kunch semalam kat rumah. 
Minggu ni xde keluar ke mana2 sbb cik abg bz. Huhuhu...melayan bosan kat rumah sambil berebut main game Hidden Object dgn Qabil. Eksen ooo budak tu. Main game org besaq.

Semalam masak simple je. Asam pedas ikan kembung + bendi, Sayur buncis + tauhu , last skali daging bakar. Daging kambing tau. Murah je, beli dkt Jusco yg ada sale 50%. Sedap sbb dia dh perap dgn black paper & lembut sangat. Balik rumah bakar je. Beli minggu lepas pun. Ok la, rezeki utk semalam. 

Macam biasa la sambil makan sambil sembang2. Tetiba cik abg bersuara...
Cik Abg : Abg pernak komplen x syg punya masakan?
Me : X pernah. Knapa? Ada nak komplen ke?
Cik Abg : Xde la. Xpernak komplen ek. Ok la tu.
Me : Ingatkan nak komplen pe2 tadi.
Cik Abg : Tapi kalu order mcm2 ada kan?
Me : Ada..Redha je la. Kalu reti syg msk la. Xreti pun, google search je la cari resepi mcm yg Abg mintak masak kari ikan ala mamak dlu tu.
Cik Abg : Banyak cekadak betulkn. Laki sapa la ni...
Me : Pasrah je la. Selagi mampu usaha je la buat. Kalu sedap tu rezeki, xsdap tu, tlg la tambah2 bg sedap.


Hahaha...ahlamdulillah. Setakat ni mmg Cik Abg xde komplen tntang makanan yg di masak. Xpernah lagi la masak sampai makanan tu xblh di makan. Yang penting usaha. Kalu xsdap, kita sniri pun xlalu nak makan ye idak?

Xsemestinya kena cari isteri yang pandai masak. Xpandai masak boleh belajar. Yang penting nak cuba masak bak kata Cik Abang.



Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~