~ Churros - Rangup di luar, gebu di dalam ~

Assalamualaikum. Salam penghulu hari Jumaat yang mulia.

Hari ni kita tayang Churros gak. Ala...macam cucoq tapi dia up cket la sebab cicah dengan nutella ke, coklat cair ke.. kalau cucoq cicah sos je. Tak pun makan saja pun sodap.

Churros ni sekarang glamer dekat cafe-cafe hipster. Orang kata, orang yang kata tau, bukan kita. Orang kata kalau makan churros kat cafe hipster harga dia blh tahan la. Sedang-sedang je. Tak tau la sebab tak pernah makan kat cafe-cafe hipster ni. 

Jadi kita try buat. Tak susah pun sebenarnya. Bahan pun simple. Selalu orang buat guna acuan semperit nak bagi nampak macam gerigi-gerigi tepi dia. Kalau takde pun boleh bulat. Gunting je hujung piping beg tu, bia je dia bulat togel. Sama je rasa dia. Takde piping beg pun takde masalah, masuk je dalam plastik biasa yang orang jual air tu.

Nampak gerigi tu sebab kita pakai acuan semperit. Cicah nutella. Sedap


Churros

Churros ala acah mkn dkt cafe hipster kononnnn. Mahal la kat sana, kita buat seniri. 
Bahan :-
1 mug air
1 sk garam
1 sb gula
1 sb butter
- campurkan semua bahan masak hingga mendidih

1 1/4  mug tepung gandum
- masukkan ke dlm bahan yg mendidih, kacau laju2 hingga sebati & tutup api

2 bj telur saiz A
- masukkan ke dlm adunan di atas & kacau sebati

- panaskan minyak
- masukkan adunan ke dlm piping beg yg berisi nozzel bentuk bintang / acuan semperit / untaian

- picitkan adunan ke dlm minyak yg telah panas
- gunting ikut panjang yg disukai
- goreng hingga kecoklatan
- angkat & toskan

Boleh dihidangkan dgn :-
a) disalut dgn gula halus mcm donut
b) sos coklat - cokat yg dicairkan dgn butter
c) nutella yg dicairkan dgn sdikit minyak - sy pilih nutella sbb snang & ada stok

Malam kita makan churros dengan ais krim cappucino plak. Ha....kos yang rendah je buat dia. Makan sampai puas.

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~