~ Percubaan Ke-2 ~

Assalamualaikum semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat di bawah lindungan-Nya. Kalau tak sihat, makan ubat tau.

Sekarang ni mood nak buat kek, biskut, benda manis, benda kukus, benda bakar terover menyeru. Tambah pulak dah 2 minggu berturut-turut Isnin cuti. Jadi, kalau dah cuti lama, makan je. Nak kena masak, nak kena pancing selera anak.

Kali ni kita pancing dengan Apam Polkadot. Apam ni resepi rakan FB iaitu Mila. Bahannya cuma 4 je. Mudah sangat. Berbeza dengan resepi yang pernah try dulu. Yang dulu nak kena pakai telur sejuk la. Bahan pun banyak. Yang ni memang simple. Tambah bahan memang ada stok kat rumah.

So kita try lagi sekali buat Apam Polkadot ni guna resepi Mila pulak.

Gebus dan montok

Kali ni letak dalam acuan cupcake. So besar seket sebab cawan kertas biasa tu dah habes. Nak kena g beli ni. Dalam dia inti nutella. Senang sebab nutella memang ada. Kita tak suka jem. 

Di bawah ni resepi yang digunakan. Simpan sini untuk kegunaan masa hadapan.

Apam Polkadot
Bahan :-

3/4 cwn gula
1 sb ovellet
3 bj telur saiz A
1 cwn tepung gandum
Filling pilihan - nutella
Pewarna

Cara :-
1. Pukul telur, gula & ovellet hingga kembang
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunkan hingga sebati
3. Panaskan kukusan
4. Asingkan adunan sedikit utk buat dot2 dgn warna pilihan
5. Masukkan warna yg disukai bg adunan asal
6. Isikan sparuh adunan asal ke dlm cwn kertas yg diisi dlm acuan lompang
7. Isikan pula filing pilihan sedikit
8. Masukkan aduna asal hingga 3/4 penuh
9. Buatkan dot dot dgn adunan yg di asingkan
10. Kukus dgn api sederhana dlm 15 minit
11. Tutup api & sejukkan


Hasillnya memang terbaik. Apamnya still gebu walaupun makan esok petang. Sedap sangat. Lembut dan gebu. Jadi resepi ini akan digunakan sampai bila-bila.


Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~