~Menjana Minda Anak Anda~

Assalamualaikum
Thursday Blues...hahaha terasa macam hari ni hari Isnin sebab semalam cuti Hari Wesak. Selasa pulak cuti sebab g sukan sekolah Qabil. Tu yang macam mengantuk je hari ni. Hamboi...cukup la 2 hari...

Hari ni buka nak cerita pasal sukan sekolah Qabil. Nak cerita permainan yang boleh menjana kreativiti dan minda anak-anak. Bukan anak-anak je suka. Mama dengan abah pun suka tau. Dari zaman Qabil kecik, sampai la sekarang ni ada Qayyim. Permainan ini memang menjadi pilihan kami sebagai ibu bapa.

LEGO

Haaaa...betul. Lego. Lego ni memang bagus bagi kreativiti anak-anak. Memang bayak set permainan Lego yang kami beli untuk Qabil dulu sebagai reward atas kejayaan dia selain buku. Sekarang ni pun Lego masih menjadi pilihan kami. Qayyim juga nampakna tertarik dengan permainan Lego ni walaupun apa yang dia bina tidak mengikut apa yang dipamerkan di kotak. Itu la fungsi sebenar Lego ni. Menjana perkembangan anak-anak di luar kotak. Ayat...kerlas....

Dibawah sebahagian dari koleksi zaman Qabil hingga ke sekarang. Banyak yang dah berkecai. Tengah dalam proses menyambung kembali untuk disusun elok-elok di atas almari.

 Geng space 1


 Geng Abang Bomba

 Istana Lanun

 Geng Motor

 Geng Construction

Geng Penyelamat

Menarikkan. Ada lagi 2 set Space belum dipasang. Dalam proses. Projek billion-billion kata cik abang. 

Tak pe....melabur sikit. Support minat anak. 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~