~ Pertama Kali Tanpamu....ABAH ~

Assalamualaikum semua.
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah lain dengan sebaiknya.

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 5 puasa. Tahun ni jugak berpuasa tanpa seorang insan bergelar ABAH. Sesuangguhnya mama yang paling terkesan. Selalu tiap-tap petang lepas masak untuk berbuka, akan keluar meronda bazar untuk mencari kiuh dan agar-agar sebab abah & mama tak suka makan nasi masa berbuka. Tapi tahun ni, mama pun tak boleh ke bazar kerana masih dalam tempoh eddah.

Jadi, sementara berpeluang, kami pulang ke kampung untuk berpuasa bersama mama. Tak de la lama. Dapat la berbuka 2 hari bersama mama. Semua menu berbuka adalah serve by me. Tak pe la, bagi mama berehat. 

Dah balik kampung tu, memang akan la terdengar mama dok bercakap pasal memori dia dengan abah. Memang la memori akan kekal bersama. Lagi pun abah dan mama tak pernah berpisah kecuali abah pergi kursus je. Kalau pergi lawatan pun dulu masa duduk Felda, mama akan pergi dengan abah. Makan pun sama-sama. Mama akan tunggu sampai abah balik baru mama makan.

Semoga mama kuat menghadapinya.

2 bulan tanpa ABAH.

Kami merindui abah.
Semoga abah ditempatkan dikalangan insan beriman.

Gambar takde kena mengena dengan cerita
 

Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~