~ Kek Karamel Pelangi ~

Assalamualaikum.

Dah 2 minggu berturut-turut hari Isnin Cuti Umum. Jadi takde la Monday Blues kan? Hahaha..best jugak cuti lama cket. Kadang-kadang tak rasa pun cuti. Sabtu sebok dengan mendobi baju seminggu dengan menyental baju sekolah stok seminggu anak bujang. Ahad pulak hari g beli barang dapur dengan seterika baju stok seminggu. Almaklum la perempuan. Kerja tak pernah habis. Tapi alhamdulillah Cik Abang sedia membantu. Urusan memasak boleh diserahkan kepadanya.

Sekarang ni mood membaking dan mencuba resepi baru berkobar-kobar. Hari cuti ada je idea nak masak benda baru walaupun dekat rumah ni semuanya perut Hang Tuah. Perut lebih suka makan nasik. Jadi kalau nak cuba benda baru, kena buat dalam kuantiti yang sedikit.

Minggu ni try buat Kek Karamel Pelangi. Tapi tak buat pun sampai 7 kaler. Buat 2 kaler je. Biru dan pink. Ada ke pelangi kaler pink? Pedulik pe...janji suka.

Berdebar-debar weh buat kek ni sebab dah pernah ada pengalaman buat kek yang guna meringue jadi bengkang. Di ulang....kek jadi BENGKANG!!!

Dok perati je oven tu. Masa masak sejam, tapi goyang-goyang still tak masak kat tengah. Jadi tawakal tambah masa, naikkan suhu sekit sebab pikir guna oven 100L. Dekat 2 jam hokey. Lepas tu dok perang pulak dalam hati kenapa kek orang lain naik membusut. Positive thinking. Resepi gina loyang 7inci. Kita guna loyang 8 inci. 

Akhirnya penantian berbaloi bila kek dah masak. Kena tunggu 15 menet rehatkan dalam oven dulu baru boleh kuakan dari oven. Lepas tu kena biakan jadi suam pulak. Penantian tu satu penyiksaan tau.

Dan...setelah menanti dengan rasa tersiksa..

Alhamdulillah....jadi jugak. Adanya Ferrari merah disitu sebab ada yang bersedia untuk menerkam

Ada tgn kecil yg enterprame. Pantang mama buat kek, dia laju je nk usik, nak rasa. Skrg dia yg jd org 1st rasa. Xpe la...makan la. Mmg buat utk makan. Ni tangan tuan Ferrari merah tu

Kita bedah dalam dia. Baru boleh tau lulus ke tak. Luar dah lulus sebab puding karamel dia masak cantik.

Waaa...cantik kaler dia. Tak salah puji diri sendiri sebagai pembakar semangat. Gabungan kaler pink dan biru.

Alhamdulillah, kek pun jadi. Sedap, lembut. Makan sambil mata terpejam. Tahniah untuk diri sendiri.

Resepi adalah dari group FB - Aku Masak Ko Yang Panas, Cikgu Azlina Gojes.

Ni resepi yang kite guna. Masa memasak ditambah mengikut oven yang digunakan.

Jadi lepas ni boleh buat lagi...




Comments

Popular posts from this blog

~ Semperit Klasik ~

~ Basque Burnt Cheesecake @ Kek Keju Hangus ~

~ Cream Brulee' Cheesecake ala Secret Receipe ~